Bismillahirrahmanirrahim
Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín
Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018.
Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKL
Hari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur.
Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya.
Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut.
Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina.
Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan itu semakin membesar.
Temujanji kami seterusnya adalah pada bulan Ogos nanti.
Bawa bayi Aína ke Klinik Rakyat 1 Malaysia di Pantai Permai
Semasa di hospital Kuala Lumpur, nafas Aina berbunyi kuat. Kami memutuskan untuk membawa Aina ke klinik untuk diberi nebulizer. Klinik yang kami tahu hanyalah Klinik Rakyat 1 Malaysia di Pantai Permai.
Aina diberikan nebulizer setelah diperiksa doktor. Doktor kata dos puff oren dua kali puff pada satu sesi adalah tinggi. Dia sarankan kami ke Hospital Putrajaya dan minta doktor berikan puff warna lain pula.
Rider GDex telefon, Redmi Note 5A Prime sudah sampai
Semasa Tedi dan Master menanti Aina dan mommy keluar dari hospital, Master terima panggilan yang tidak dikenali tetapi boleh diagak bahawa panggilan itu daripada rider GDex berdasarkan kepada beberapa SMS yang telah diterima sebelum itu.
Rider GDex tu nak hantar barang tetapi Master tiada di pejabat. Dia nak tinggalkan pada admin di pejabat Master tetapi tidak diterima kerana bukan kerja jabatan Admin untuk terima bungkusan pekerja.
Akhirnya Master meminta seorang kawan beliau turun untuk menerima bungkusan tersebut.
Redmi Note 5A Prime tak boleh pakai
Balik dari klinik, Master hantar Mommy ke pejabatnya, dan Tedi ke sekolah, sebelum balik ke pejabat beliau.
Master menerima bungkusan GDex berisi telefon pintar Redmi Note 5A Prime daripada kawannya. Master segera buka sambil disaksikan orang ramai. Telefonnya nampak bagus, nasib baik bukan bahasa China, tetapi ada satu masalah iaitu ia gunakan kad sim (sim card) bersaiz nano. Master kecewa.
Potong kad sim mikro kepada nano
Balik dari kerja, Master bercadang nak ke TESCO Putra Nilai untuk tukar kad sim kepada saiz nano. Tetapi di TESCO Putra Nilai sudah tiada Celcom Blue Cube. Mungkin Celcom sudah tiada duit.
Kemudian kami ke Giant Nilai pula, tetapi sampai sahaja di sana, booth Celcom sudah ditutup.
Akhirnya Master bertanya kepada booth penjual telefon jika boleh potong kad sim kepada saiz nano. Boleh sahaja, tapi bayar RM 5 lah. Lima ringgit pun, lima ringgitlah…
Akhirnya Xiaomi Redmi Note 5A telah sempurna fungsinya. Master install beberapa aplikasi kerja seperti Whatsapp, Ding Talk, dan Waze. Master turut install aplikasi Touch n Go wallet, tetapi tidak register untuk menggunakannya. Menggunakan aplikasi ini, anda boleh topup Touch n Go secara online, tetapi bukan ke dalam kad. Kemudian anda boleh shopping menggunakan aplikasi tersebut di mana pembayaran dilakukan dengan scan QR Code.
Master turut mencuba kamera, tentulah tidak secantik gambar Sony Xperia XA Ultra milik mommy… di bawah adalah contoh gambar yang diambil.
Makan Mi Ramen Korea
Ya ka mi ramen Korea?
Tak pastilah Tedi… yang pasti ia adalah sejenis mi segera. Mi segera mungkin sahaja dipanggil ramen?
Sedap juga mi ni tapi Tedi tak suka pengalaman mengunyahnya.
Masalahnya ialah apabila Tedi bangun pagi, terasa gatal muka… adakah disebabkan mi ramen tersebut?
20180412 , 20210522 seumur hidup 78 setahun 32
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.