Lompat terus ke: Coretan Tedi pasal NescaféKedai jual Nescafe mahalSejarah Harga Nescafé Dibeli Master, dan Gambar-gambar yang berkenaan dengan harga Nescafe isian semula:.

Coretan Tedi pasal Nescafé.

Semua rakyat Malaysia mungkin tahu mengenai Nescafé, jenama kopi segera yang menjadi standard de facto di Malaysia.

Ia dihidangkan dalam pelbagai rupa seperti Nescaffe O (tambah gula sahaja) panas atau sejuk, Nescafe Tarik (tambah susu dan dikacau serta ditarik), Nescafé Panas (tambah susu tanpa dikacau), dan juga Nescafé Ais.

Nescafe Malaysia adalah produk kepada syarikat Nestle (Malaysia) Berhad yang sahamnya pada hari ini ditutup pada harga RM 146.00 seunit saham dengan keuntungan 52% pada tahun ini. Jika ada duit bolehlah beli saham mereka 1000 unit iaitu pada harga MYR 138,400.00. Saham Néstlé Malaysia adalah saham patuh syariah.

Tedi tak tahulah apakah urusan Nestlé Products Sdn Bhd dalam Nestlé (Malaysia) Berhad, mungkin ia salah sebuah anak syarikat dengan pengkhususan yang tertentu.

gambar harga nescafe di lulu market

 

Kedai jual Nescafe mahal

Master amat gemari Nescafe, tetapi harganya di kedai minuman boleh dikatakan adalah mahal iaitu bermula dari harga RM 2 segelas.

Hal ini membuatkan Master berasa sangat bengang dan memutuskan untuk tidak minum Nescaffe di kedai makan sebaliknya membancuh sendiri minuman kegemaran beliau tersebut.

Pada harga purata RM 2 di kedai-kedai kopi atau kedai makan, Master akan terpaksa menghabiskan RM 20 untuk dapat menikmati hanya 10 gelas nescafe. Jadi Master telah mengambil inisiatif untuk memboikot minuman tersebut dan memesan hanya air suam di kedai makan, sebelum membancuh sendiri Nescafé O kaw di pejabat beliau.

Ini adalah kerana dengan modal RM 20 yang sama, Master boleh membancuh lebih daripada 50 gelas besar Nescafe! Néstle mendakwa modal RM 20 boleh dapat dalam 100 gelas air Nescafe tetapi hal ini berbeza ikut bancuhan masing-masing.

Tapi Master mula perasan, kedai makan mula caj RM 0.50 apabila beliau pesan air masak! Gila apa para peniaga ni? Air masak je kot? Dah makan di kedai mereka pun dah baik.

Tedi berharap agar maklumat ini tidak disalahgunakan oleh Nestle Malaysia untuk menaikkan harga produk Nescafe mereka. Kasihanilah rakyat Malaysia yang tersepit dalam jerat cukai yang tak sudah-sudah.

 

Sejarah Harga Nescafé Dibeli Master

Ini adalah rakaman beberapa Nescafé yang Master beli untuk dijadikan panduan dan perbandingan pada masa depan, dalam mengetahui di manakah tempat sesuai untuk membeli Nescafé di Malaysia dengan harga yang berpatutan dalam perjuangan mencari harga Nescafe murah.

Secara rumusannya, membeli Nescafé bersaiz besar adalah lebih jimat. Nescafe refill 350g adalah lebih murah RM 5 hingga RM 6 berbanding Nescafe isian semula 200g.

Setakat ini kedai yang menjual Nescafe refill pada harga termurah per gram adalah Lulu Hypermarket, manakala harga Nescafe promosi termurah adalah di Tesco Putra Nilai.

Kawan-kawan boleh semak catatan lanjut di bawah. Maklumat ini akan berubah dari semasa ke semasa.

  • Nescafe Classic 200g (pakej isian semula / refill / soft pack)
    • RM 16.80 | 0.0840 per gram | 06 Mac 2020 | Speedmart Taman Seroja - nasib baik Master tak beli, ada murah lagi di Tesco.
    • RM 12.95 | 0.0648 per gram | 17 Dis 2018 | TESCO Putra Nilai
    • RM 17.05 | 0.0853 per gram | 28 Apr 2018 | Giant Nilai 
    • RM 19.50 | 0.0975 per gram | 15 Feb 2018 | Lulu Hypermarket
  • Nescafe Classic 220g (pakej isian semula / refill / soft pack)
    • RM 12.95 | 0.0589 per gram | 17 Dis 2018 | TESCO Putra Nilai
    • RM 13.50 | 0.0614 per gram | 22 Feb 2021 | Econsave Kipmall Kota Warisan
  • Nescafe Classic 230g (pakej isian semula / refill / soft pack)
    • RM 17.95 | 0.0781 per gram | 10 Feb 2018 | Giant Nilai 
  • Nescafé Classic 300g (pakej isian semula / refill / soft pack)
    • Harga RM 17.99 | 0.0599 sen per gram | 07 Mac 2020 | TESCO Putra Nilai
    • Harga RM 17.99 | 0.0599 sen per gram | 19 Feb 2019 | TESCO Putra Nilai 
    • Harga RM 24.05 | 0.0802 sen per gram | 28 Apr 2018 | Giant Nilai
    • Harga RM 24.65 | 0.0822 sen per gram | 22 Feb 2021 | Econsave Kipmall Kota Warisan
    • Harga RM 27.05 | 0.0902 sen per gram | 10 Feb 2018 | Giant Nilai
  • Nescafé Classic 330g Pek Promosi (pakej isian semula / refill / soft pack)
    • MYR 18.99 |  0.0575 sen per gram | 29 Mei 2018 | Tesco Putra Nilai
  • Nescafé Classic 350g (pakej isian semula / refill / soft pack
    • RM 22.90 | 0.0654 per gram | 15 Feb 2018 | Lulu Hypermarket
    • RM 25.00 | 0.0714 per gram | 27 Nov 2017 | Kedai Acheh Taman Mawar PPD BBST

Gambar-gambar yang berkenaan dengan harga Nescafe isian semula:

harga nescafe classic isian semula 200 gram dan 300 gram di giant nilai pada 28 April 2018

 

 
harga nescafe refill pack promosi murah di Tesco Putra Nilai

harga tiket pesawat murah mobil di indonesia. cari penerbangan termurah booking beli barang online. promo nescafe malaysia nescaffe.