Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam.
Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana.
Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi.
Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata.
Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami.
Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur.
Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada tanda glaukoma. Doktor juga bertanya sama ada terdapat sesiapa dalam keluarga Master yang menghidap glaukoma.
Beliau juga memaklumkan bahawa kebiasaannya pada usia 40-an sudah boleh disedari kehadiran glaukoma.
Glaukoma yang Tedi faham adalah kehilangan penglihatan secara perlahan-lahan kerana saraf optik tercekik.
Ophtalmologist tersebut yang Tedi tak perasan siapa nama beliau telah membius mata MAster dan meletakkan kanta pada kedua-dua belah mata Master yang kemudiannya disuluh dan diperiksa menggunakan satu alat, memang tak selesa, dan memang silau Master dibuatnya.
Beliau mengesahkan bahawa semuanya normal dan cuma perlu pemeriksaan pantauan pada bulan Ogos nanti.
Selesai temujanji tersebut, Master membeli bubur nasi dan nasi air dingin di kafe Pak Tam untuk bayi Nor Aina dan juga Mommy.
Setelah menghantar makanan kepada Aina dan Mommy di rumah, Master bergerak pula ke pejabat beliau di Kuala Lumpur, setelah singgah bersarapan roti canai di kedai mamak yang berdekatan dengan rumah.
Jalan agak lengang cuma sesak nak masuk ke Lebuhraya Persekutuan dari Lebuhraya Salak.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.