Tedi tak suka buffet Ramadan kerana bagi Tedi ia adalah suatu bentuk pembaziran di mana kita berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu.
Tapi Tedi faham ada syarikat yang mahukan pakej berbuka buffet Ramadhan untuk menghargai para pekerja mereka.
Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Port Dickson kerana mereka ada pakej buffet Ramadhan yang dinamakan Nostalgia Ramadan.
Ia adalah pakej berbuka dalam suasana kampung. Mungkin fokusnya adalah masakan tradisional Melayu.
Pakej dewasa adalah berharga RM 75 ( tujuh puluh lima Ringgit Malaysia), manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia).
Masa makan adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam, sudah pasti kena tunggu dulu waktu Maghrib sebelum suap makanan tapi dah boleh ambil makananlah pada waktu itu.
Mengenai masakan di Avillion Port Dickson, kawan Master kata tak sedap. Tedi tak biasa makan Di hotel tapi bagi Tedi makanan seperti nasi goreng dan mi goreng di Avillion Port Dickson memang tak sedap. Makan di kedai biasa lagi sedap.
Tapi ada makanan lain yang kita tak boleh jumpa Di kedai biasa dan bagi Tedi, ia okay.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.