بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ni terasa nak menjelajah dunia maya mencari kisah silam pasal duit siam, tapi tak tahulah sama ada penjelajahan maya ini akan berhasil atau tidak...
Mungkin kawan-kawan hairan kerana apa Tedi agak mencurigai hasil penjelajahan ini? Gambar di bawah ini adalah salah satu contohnya... yang keluar ialah gambar duit Thailand. Ia tidak salah kerana Thailand adalah Siam. Cuma nama modennya sahaja telah ditukar kepada Thailand. | |
"Nak tukar duit RM kepada THB semua rate mahal. Komen penulis mengenai Duit Siam tukar Duit Malaysia dalam tulisannya Diari Si Ketam Batu: Trip ke Krabi 2013 | |
Kakak Senyum Semut ni kata dia tukar duit Malaysia kepada Thailand sebanyak MYR 306 kepada THB 3000. Erm... nampaknya duit Malaysia dah jatuh pada masa itu. Tak pun kakak ni tukar dengan kadar tukaran matawang Thailand ke Malaysia yang tinggi. Sumber gambar: http://semut-senyum.blogspot.my/2013/01/menjejak-bumi-thailand.html | |
Alamak? Benarkah sampai begitu mahal sekali Duit Siam ni berbanding Ringgit Malaysia? Tedi semak menggunakan Google dan mendapati bahawa kadar pertukaran matawang ringgit ke Baht adalah pada kadar 1 Ringgit Malaysia bersamaan 810 Thai Baht. Ini adalah kejatuhan yang sungguh dahsyat kerana pada zaman dulukala ! Ringgit Malaysia boleh dapat lebih 1000 Thailand Baht. Benarkah ini penanda ekonomi Malaysia merudum bawah zaman Najib Abdul Razak? | |
Ini gambar duit Siam 50 baht. Sumber gambar: http://danhhangthailan.com/?p=16 | |
Gambar duit Siam bernilai 20 Thailand Baht. Sumber gambar: https://m2m-vn.com/thai-baht-rises-gradually-u-s-dollar-stay-bearish/ | |
gambar duit syiling Siam 10 bath. Cantik kan? Ada bahagian emas di tengahnya, macam 2 dalam 1. Kalau tak lupa orang Thailand panggil 10 kok... tak berapa nak ingat... hahaha... Duit syiling ini keluaran 1988 hingga 2008. http://unikversiti.blogspot.my/2011/11/koleksi-duit-syiling-thailand.html |
~20180501~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.