بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Telah berkurun lama Master menggunakan minyak rambut atau krim rambut jenama Gatsby THC.
Hanya krim rambut Gatsby sahaja boleh digunakan Master kerana beliau alah kepada jenama minyak rambut lain. Ada yang membuatkannya sakit kepala, ada yang baunya buat sakit kepala, dan ada pula krim rambut yang membuatkan Master bersin tidak berhenti-henti.
[Kandungan]
- Maksud Nama Minyak Rambut Gatsby THC
- Fungsi Gatsby THC
- Minyak Rambut Gatsby Kandungi Alkohol
- Rekod Harga Minyak Rambut Gatsby THC
Berkenalan dengan Gatsby
- Gatsby adalah jenama produk rawatan rambut yang menawarkan pelbagai jenis produk seperti gel rambut, minyak rambut, dan wax rambut.
- Gatsby berasal dari negara Jepun.
- Jenama produk perawatan rambut Gatsby dimiliki oleh Mandom Corporation Japan, pengeluar kosmetik dan produk kecantikan yang ditubuhkan pada tahun 1927.
- Jenama Gatsby diasaskan pada tahun 1976.
- Tiada maksud yang jelas tentang nama Gatsby tetapi nama ini digunakan dalam satu novel bertajuk The Great Gatsby tulisan F. Scott Fitzgerald. Nama Gatsby dikatakan berasal daripada perkataan Scottish iaitu "gat" bermaksud pagar dan perkataan Inggeris "by" bermaksud dekat. Gabungan kedua-dua perkataan ini menjadi "Gatsby" yang dikatakan bermaksud "seseorang yang berdiri di ambang sesuatu yang baru". Tedi rasa mungkin sebab itu jenama Gatsby menggunakan nama ini kerana gaya rambut dalam iklan Gatsby ditunjukkan sebagai berani mencuba gaya rambut yang baru atau moden.
Maksud Nama Minyak Rambut Gatsby THC
THC adalah akronim kepada treatment hair cream atau dalam Bahasa Melayu bermaksud krim rawatan rambut.
Fungsi Gatsby THC
Minyak rambut Gatsby THC Normal adalah produk rawatan rambut yang mengandungi ekstrak Swertia Japonica yang merangsang pertumbuhan rambut, dan protein mutiara yang memberikan kelembapan dan kilauan semulajadi pada rambut. Manfaat Gatsby THC Normal termasuk juga melindungi rambut dari kekeringan dan membuat rambut menjadi lebih halus, lembut, dan mudah diurus.
Minyak rambut Gatsby THC Anti-Dandruff memiliki beberapa fungsi utama:
- Mengandungi Z-pt (Zinc Pyrithione) dan Octopirox yang bekerja aktif dalam mencegah munculnya kelemumur.
- Mengandungi Pearl Protein yang dapat memberikan ekstra kelembapan dan kilauan semulajadi pada rambut sekaligus memastikan rambut tetap sihat.
- Mengandungi Vitamin E yang membantu merawat kulit kepala dan menjaganya tetap sihat.
- Mengandungi Climbazole yang membantu memberikan kilauan semulajadi pada rambut.
- Membuat rambut menjadi lebih halus, lembut dan mudah diurus.
Minyak Rambut Gatsby Kandungi Alkohol
Pernah suatu ketika Master sedang membelek minyak rambut Gatsby THC ni tiba-tiba ada seorang lelaki yang turut membelek kandungan minyak rambut Gatsby THC tersebut menyatakan minyak rambut Gatsby THC tu ada alkohol. Master tiada masalah mengetahui hakikat minyak rambut lelaki Gatsby kandungi alkohol sebab bagi Master alkohol tu tidak untuk diminum sebagai arak. Arak ada alkohol tapi alkohol bukannya arak. Kalau kita jadikan arak sebagai minyak rambut, Master bersetuju bahawa adalah satu perbuatan yang salah dan tidak boleh diterima sebab kalau orang yang dah biasa minum arak nanti lalu sebelah kita bau arak, dah dia yak yak yeah sebab fikir kita minum arak sama seperti dia. Jadi semua perkara berkaitan arak yang boleh menyokong arak patutlah dijauhkan kalau tak sampai hukum wajib. Bagi Tedi memang dah wajib sama sekali.
Tapi itu semua ijtihad dan jihad Tedi semata-mata, mungkin akan berubah bersandarkan kepada ilmu semasa.
Setelah beberapa lama akhirnya Tedi mengetahui bahawa semua perkara berkaitan urusan arak adalah haram. Tetapi tidak mengubah ijtihad Master yang menyatakan alkohol itu bukan arak tapi arak kandungi alkohol.
Rekod Harga Minyak Rambut Gatsby THC
Ini adalah senarai harga minyak rambut Gatsby THC yang pernah kami beli.
- Gatsby THC Anti-dandruft 250g @ Tesco Nilai, 16 Mei 2018 : RM 8.25
- Gatsby THC Normal 250g @ Tesco Nilai, 16 Mei 2018 : RM 8.35.
- Gatsby THC Normal 125g @ 7-Eleven, 29 Jun 2015 : RM 5.75.
Sekian saja catatan harga minyak rambut Gatsby THC sehingga ke hari ini.
~20180520~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.