Sekarang jam 08:16 tarikh 12 Mei 2018.

Tedi dan Master sedang berada di Balai Ketibaan atau dalam Bahasa Inggeris disebut Arrival Hall di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Walaupun namanya Kuala Lumpur International Airport, ia sebenarnya terletak dalam daerah Sepang di negeri Selangor yang tiada kena mengena dengan Kuala Lumpur.

Cuma kalau Kuala Lumpur pun orang luar tidak berapa tahu di mana, apatah lagi jika dinamakan dengan nama Sepang?


Tedi dan Master menunggu di luar Balai Ketibaan berhampiran dengan kaunter Airport Taxi.

Tadi ada dua orang penumpang dari China bertanyakan sesuatu di kaunter Airport Taxi tersebut. Tampak mereka telah silap lapangan terbang di mana sepatutnya mereka ke KLIA2.

Tapi staff di kaunter tampak sulit nak menjelaskan kepada mereka kerana pelancong itu tak fasih Bahasa Inggeris.

Mungkin KLIA kena letak Kaunter Informasi berhampiran kawasan ini dengan kakitangan yang fasih beberapa bahasa asing.

Mommy lewat keluar kerana susah buka stroller tanpa bantuan sesiapa dan katanya ada pencuci yang berdekatan tapi tak tawarkan pertolongan.

Kalau Mommy tak minta tolong maka Tedi tak berapa nak salahkan pencuci tu sebab ada juga orang yang segan nak tawarkan pertolongan sebab tak berapa reti nak tolong.

Akhirnya Mommy keluar juga bersama Aina yang sedang tidur.

Kami ambil lift turun ke tingkat 2 yang menghubungkan terminal KLIA dan bangunan tempat letak kereta KLIA.

Kemudian di bangunan tempat letak kereta KLIA tu kami turun ke tingkat B di mana Master letakkan kereta.


Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Klinik Siti untuk periksa kesihatan Aina kerana dia semasa di Kelantan asyik muntah.

Doktor beri Aina nebuliser dan bekalkan antibiotik. Kemudian kami sarapan di food court Kota Warisan.

Kami pulang ke rumah, sebelum Tedi dan Master ke Avillion Port Dickson.