- Mommy belikan Nor Aina motosikal elektrik berwarna merah.
- Motosikal ini Mommy pesan melalui kawannya yang tinggal di Ampang.
- Kami ambil motosikal elektrik merah ini dari Ampang pada hari Ahad lepas. Sepatutnya ambil di rumah kawan Mommy tu tapi disebabkan ada masalah komunikasi, kami sampai di rumah beliau ketika beliau sedang membeli-belah di pasaraya Sogo Kuala Lumpur.
- Akhirnya kami berjumpa di Tesco Extra Ampang sahaja di mana Mommy sempat membelek-belek beberapa periuk tekanan (pressure cooker) berjenama Philips yang ada promosi sekitar RM 600.
- Pada 24 Mei 2018, barulah Master memasang motosikal tersebut. Ia menggunakan bateri yang boleh dicaj semula. Bahagian paling sukar adalah semasa pasang sendiri (DIY) tayar hadapan kerana tidak gunakan skru sebaliknya seperti rivet di mana kita perlu ketuk besi kepada axel supaya terkunci.
- Apabila siap barulah diketahui bahawa motosikal mainan ni bukanlah motosikal kawalan jauh. Ada pendikit untuk dipijak dan ada butang untuk maju atau mundur. Kanak-kanak tersebut yang perlu mengendali sendiri motosikal mainan ni.
- Pada 25 Mei 2018, Aina telah berjaya memijak pendikit motosikal mainan elektrik tersebut. Seronok dia bermain dengannya. Aina pandai turun dari motosikal tersebut.
- Motosikal mainan elektrik ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.
Pendikit Di bahagian kanan untuk dipijak.
Ada bebutang untuk maju mundur, juga kunci untuk hidupkan enjin dan mungkin juga boleh kawal kelajuan motosikal tersebut.
Pandangan hadapan motosikal Aina.
Pandangan belakang motosikal elektrik mini Aina.
Pandangan sisi motosikal merah milik Aina.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.