1. 23 Mei 2018, sekitar jam 10 pagi, Master telah menerima panggilan yang tidak dikenali.
  2. Rupa-rupanya panggilan itu adalah daripada penghantar Lazada yang mahu menghantar periuk tekanan elektrik berjenama Russell Taylors model PC-60 yang Mommy tempah.
  3. Periuk tekanan elektrik dalam Bahasa Inggeris ialah electric pressure cooker.
  4. Pada Ahad lalu semasa ambil motosikal elektrik untuk Aina, Mommy memang ada survey periuk tekanan elektrik ni tapi jenama Philips lah. Survey di Tesco Extra Ampang.
  5. Setelah berbincang dengan beberapa kawan beliau, Mommy akhirnya memilih untuk beli periuk tekanan elektrik jenama Russell Taylors melalui laman web dagang.
  6. Walaupun periuk tekanan elektrik  Russell Taylors ni cuma sekadar periuk tekanan tak macam Philips yang ada macam-macam fungsi, kawan Mommy yang expert memasak menggunakannya tanpa sebarang masalah, harga pun murah.
  7. Kalau pandai  masak, guna periuk dapur arang pun jadi, tak gitu?


20180523