Sekarang Tedi dan rakan sekolah sedang berada di Avillion Port Dickson.
Kami ada modul bina kumpulan. Sekarang ini kami sedang dalam modul lukis mural bertajuk The Way Forward yang mungkin dalam Bahasa Malaysia bermaksud Jalan Ke Hadapan.
Kami diberikan 36 kanvas kecil di mana kami perlu melukis satu per tiga puluh enam bahagian daripada sebuah lukisan besar.
Setiap lukisan kecil dilukis oleh 2 orang.
Cabaran utamanya adalah untuk memastikan setiap lukisan diwarnakan dengan tema warna yang sama.
# 13 Mei 2018 jam 12:10 tengahari hari Ahad
# IMG_20180513_121043 20180513 201805
# Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Third Mile, Jalan Pantai, Avillion Port Dickson, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. [peta lokasi]
Selain itu terdapat cabaran lain seperti ada perubahan yang perlu dilakukan ke atas gambar asal.
Tedi dan pasangan sebagai contoh perlu menukar logo sekolah yang telah dipecahkan kepada 4 pasukan. Kami kena pastikan logo yang hendak kami tukar adalah sama dengan 3 pasukan lain.
Cabaran lain adalah kumpulan yang menyediakan warna air untuk kami gunakan bergerak lambat kerana ada banyak warna yang perlu mereka putuskan. Mungkin kena ada lebih pasukan yang sediakan warna.
Ini adalah sebahagian hasil lukisan kami pada hari ini. Kami menggunakan cat air dan melukis di atas kanvas.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.