~Hospital Putrajaya, Unit Farmasi, B - Lain-lain Kaunter, No. anda : 6086, No. Sekarang : 6072, Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi, 01/06/2018 09:51~
Jumaat, 1 Jun 2018.
Hari ini kami keluar lewat dari rumah, sekitar jam 7 pagi. Ketika dalam perjalanan, apabila kami tiba di persimpangan Lorong Aman, Master telah memutuskan untuk elakkan melalui Persimpangan Dengkil.
Keputusan itu diambil kerana Master sudah bosan asyik sangkut di Persimpangan Dengkil itu hampir 20 minit. Kesesakan secara umumnya kerana banyak kenderaan dan banyak pula kenderaan yang buat U-turn dan langgar lampu merah.
Kami menggunakan Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Southville.
Tol telah berkurangan sebanyak 80 sen sebab konsesi tol Metramac telah tamat mulai hari ini.
Percaturan Master itu tampak berbaloi apabila tiba-tiba sahaja kami sampai ke Pantai Permai sebelum jam 8 pagi!
Malangnya baru kami sedari Master lupa bawa botol susu Aina, manakala botol susu rizab pula telah dikeluarkan dari beg pakaian Aina.
Kami pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah.
Memandangkan kami terpaksa balik ke rumah, Mommy ambil cuti, manakala Master cuti separuh hari. Master ada mesyuarat pada hari ini berkenaan produk yang perlu dilancarkan pada Selasa depan, jadi Master tidak boleh cuti.
Ironinya, Master memang nak ambil cuti separuh hari pada sebelah petang kerana nak ambil ubat Aina di Hospital Putrajaya, tetapi Allah telah takdirkan Master terpaksa ke hospital pada waktu pagi.
Master pergi ke Hospital Putrajaya, letak kereta di tempat letak kereta di sebelah Institut Kanser Negara.
Selepas tu Master ke kaunter pendaftaran di klinik pakar Hospital Putrajaya, tapi dimaklumkan bahawa Master perlu terus ke kaunter Farmasi Hospital Putrajaya.
Di kaunter farmasi Master beratur pula untuk ambil nombor panggilan. Nombor panggilan dipanggil tidak ikut turutan, maka kita perlu peka dengan paparan nombor giliran LED, tambahan pula nombor tidak disebut selain bunyi ding ding...
Ini bermakna kita perlu sentiasa perhatikan nombor yang dipaparkan pada papan LED tersebut.
Aina dibekalkan ubat puff oren dan sirap multivitamin. Tiada lagi ubat susulan selepas ini, jika nak kena ada temujanji dengan doktor.
Carian yang berkaitan:
portal rasmi kerajaan negeri pulau pinang. senarai universiti di malaysia hospital kebangsaan jauh macam. ambulan dekat doktor tengku ampuan rahimah klang. hotel berdekatan putrajaya medical check up swasta kuala lumpur pantai. sungai petani address besar malaya batu pahat email johor klinik pusrawi jalan ipoh. bangsar rumah transit food delivery melaka ampang kota kinabalu putra sentral serdang kkm hostel kolej mycpd login kl dr hamidah.
2 Ulasan
Mudah2an Aina cepat sembuhnya.
BalasPadamamin. terima kasih.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.