Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.

 

 Wow... karangan ini memang menduga kesabaran kerana beberapa kali Tedi kehilangannya sebelum dapat kirim di sini.

Pagi Khamis, 21 Jun 2018, kami tiba dari Kelantan pada waktu Subuh. Lebih tepat lagi waktunya di sekitar jam 5:15 pagi. Ketibaan kami ini adalah setelah melalui kembara selama 9 jam dari Wakaf Bharu di Kelantan Darul Naim ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor Darul Ehsan. Perjalanan kami lancar, kereta banyak juga tetapi tidaklah sesak. Master mengambil pendekatan malas memotong dalam kembara kali ini.

Mummy cuti, tetapi Master pula terpaksa bekerja.

Master agak mengantuk, almaklumlah baru sampai kemudian nak kena ke pejabat pula, jadi Master mengelak daripada memandu kereta ke tempat kerja pada hari ini. Sebagai alternatif, Master boleh menaiki tren ERL di stesen Salak Tinggi atau menaiki KTM Komuter di stesen Nilai atau stesen Batang Benar.

Master memilih untuk menaiki komuter di Batang Benar kerana ia memiliki tempat letak kereta yang luas.

Master sampai di Stesen komuter Batang Benar sebelum jam 8 pagi. Kemudian Master dengan yakinnya pergi menyentuhkan kad Touch n Go beliau pada reader tetapi bunyi 1 beep pada reader dan mesej kad tidak sah dipaparkan.

Terpaksalah Master membeli tiket di mesin tiket. Harga tiket kalau tak silap ialah MYR 6.80. Tiketnya adalah dalam bentuk token.

Sampai sahaja di KL Sentral, Master menuju ke stesen LRT, di mana sekali lagi berlaku masalah kad tidak sah apabila Master sentuhkan kad touch n Go beliau. Sekali lagi Master terpaksa beli tiket atau token untuk naiki LRT.

Bagi sesiapa yang selalu gunakan kad Touch n Go pastinya berasakan mereka kehilangan waktu berharga apabila terpaksa beli tiket. Sudahlah kena beratur untuk beli tiket, kena memilih destinasi, kena cari duit untuk bayar, belum lagi mesin tiket rosak atau mesin tiket tu tak mahu terima duit kita.

Tak boleh jadi kalau selalu macam tu, leceh berbanding hanya sentuhkan kad Touch n Go pada pintu pagar LRT.

Mujurlah hub Touch n Go di Bangsar South hanya di sebelah pejabat Master, bolehlah Master pergi ke sana untuk buat aduan. Hub Touch n Go di Bangsar South ini dinamakan Customer Experience Center atau Pusat Pengalaman Pengguna.

Kenapa kad Touch n Go tidak sah?

Di sana Master dimaklumkan bahawa sebab kad TNG beliau tidak sah kerana ada cubaan untuk keluar stesen tanpa bayar tambang, tapi tidak dimaklumkan di mana. Ini bermakna Master telah dikenakan penalty, jadi Master kena clear penalty tersebut.

Staf di TNG CEC Bangsar South tolong clear penalty Master tersebut dan selepas itu Master tiada masalah untuk gunakan kad Touch 'n Go di komuter dan juga LRT.

Tiada lagi masalah kad TNG tidak sah!

Denda atau penalty boleh juga dikenakan kepada kad Touch 'n Go apabila digunakan di tol apabila ada kes kita masuk tol tanpa keluar. Tol PLUS memang terkenal dengan penalti tersebut di mana caj maksimum boleh dikenakan kepada kita. Tapi Tedi dimaklumkan bahawa di tol baki kad TNG akan terus dipotong dan tidaklah pula jadi kad tidak sah.

20180621