- Hari ini Aina ada temujanji di Hospital Serdang.
- Temujanji ini adalah temujanji kedua dengan pakar jantung kanak-kanak.
- Kami sampai sebelum jam 9. Mommy ambil nombor untuk daftarkan Aina.
- Master pula cari tempat letak kereta di sekitar Hospital Serdang.
- Ia adalah satu cabaran besar di sini kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Master terpaksa letakkan kereta di tepi jalan besar, yang agak menyusahkan pengguna jalan tersebut.
- Bahkan para doktor pun terpaksa parking di tepi jalan.
- lagi dahsyat apabila sebuah ambulance pun letak ambulance di tepi jalan, di belakang kereta kami.
- Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, kenapa kalau gomen buat hospital, tidak dibina sekali dengan bangunan letak kereta?
- Tambahan pula di Hospital Serdang ni ada juga bangunan UPM, maka lebih penting untuk mewujudkan bangunan letak kereta.
- Bukan Hospital Serdang sahaja, Hospital Putrajaya pun sama. Selalunya hanya hospital kerajaan yang dah lama sahaja akan bina bangunan letak kereta, seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Seremban dan Hospital Ampang.
- Tak bolehkah apabila bina hospital baru, masukkan sekali bangunan letak kereta?
20180606
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.