Tayar depan kereta Proton Persona Elegance 2009 kelihatan mengalami tayar botak pada bahagian luar tayar.

Hal ini agak membingungkan sebab Master selalu pam tayar, sepatutnya tayar botak di bahagian tengah tayar terlebih dahulu.

gambar tayar michelin botak tepi

Agak bahaya apabila sisi tayar botak terlebih dahulu kerana bahagian sisi tayar kurang kuat berbanding bahagian tengah tayar.

Ini adalah jawapan yang Tedi perolehi semasa kaji kenapa tayar kereta haus di bahagian tepi.


  • Apabila sisi sebelah dalam tayar, atau sisi sebelah luar tayar haus lebih cepat berbanding bahagian lain tayar, ia bermaksud penjajaran tayar (wheel alignment) diperlukan.
  • Terdapat camber yang berlebihan pada penyerap hentakan (suspension) bahagian depan menyebabkan tayar bergantung terlalu banyak sama ada ke bahagian dalam atau luar dan meletakkan terlalu banyak beban kepada satu sisi tayar.
  • Kereta tersebut mungkin perlukan penjajaran tayar, tetapi kesilapan penjajaran boleh sahaja berlaku disebabkan oleh spring mendap, sendi bola yang telah haus, dan juga control arm bushings yang telah haus.
  • Oleh kerana beban muatan memberikan kesan besar ke atas penjajaran (alignment) tayar, pastikan kereta itu dimuatkan sebagaimana semasa ia digunakan, ketika penjajaran semula tayar dilakukan. Ini adalah penting terutama buat kereta yang mempunyai sistem serapan hentakan belakang berasingan. 

Tanda pagar:

tayar botak tepi atau tayar botak sebelah luar

20180608