18 Jul 2018 | Wed, 20:57 | IMG_20180718_205756.jpg | 15.9 MP 4608 × 3456 1.2 MB | Redmi Note 5A | ƒ/2 1/25 3.51 mm ISO640
1 tahun, 4 bulan, 29 hari
- Ketika ini bawa Aina ke Megaklinik Zahran di Bandar Baru Bangi.
- Terus ke klinik tersebut dari tempat kerja Master dan Mommy.
- Master bawa Aina ke sana dengan harapan ada nasihat doktor yang lain daripada biasa, setelah masalah kahak dan muntah Aina masih tidak berkurangan.
- Terlalu ramai orang di sana mengalahkan hospital kerajaan. Masa menunggu yang lama.
- Nasihat doktor pun biasa-biasa sahaja.
- Kena ambil neb, tapi nak tunggu ambil neb tu pun lama juga. Sepatutnya kena jumpa doktor selepas neb, tapi alih-alih nurse kata tak payah.
- Mommy terserempak dengan kawan beliau di sana yang membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan.
- Dipendekan cerita, ini adalah kali pertama dan mungkin terakhir kami ke sana.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.