Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya, para sahabatnya.



  1. Kebelakangan ini Tedi kembali aktif menggemburkan tanah sekangkang kera di belakang rumah.

  2. Tujuannya adalah untuk membantu pertumbuhan pokok pisang dan pokok limau kasturi yang baru sahaja ditanam.

  3. Tetapi Tedi dapati bahawa tanah yang digemburkan itu telah dijadikan sarang oleh segerombolan semut api.

  4. Semut api ini pula menyerang rumah jiran sebelah.

  5. Tedi berasa sungguh sakit hati dengan perbuatan mereka ini. Semut api ini seperti susu punya lembu, sapi mendapat nama, Tedi yang gemburkan tanah, mereka pula membuat sarang!

  6. Tedi kadangkala tertanya-tanya adakah boleh ungkapan ini dijadikan peribahasa?, “Gemburkan tanah, semut api membuat sarang”.

  7. Mungkin sahaja kita boleh memberikan ia maksud, orang yang mendapat keuntungan di atas usaha orang lain.

  8. Selain itu Tedi tertanya-tanya jika boleh Tedi bunuh sahaja semua semut ini? Apa kata Tedi sembur racun serangga ke atas sarang mereka?

  9. Tetapi semut ini adalah serangga yang disebut dalam al-Quran, dan mereka bertasbih lebih banyak daripada Tedi bertasbih...

 

Apakah yang perlu dilakukan?