Malam ni Mommy kena deploy sistem baru yang merangkumi SST, sistem cukai terbaru untuk rakyat Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.

Deployment ini dijangka habis pada jam 2 pagi, satu rutin yang mungkin agak biasa bagi mereka yang bekerja di bidang IT yang terlibat dengan pelancaran sistem.

Adalah tidak seronok untuk travel dengan bayi sejauh 50 kilometer pada awal pagi, maka kami memutuskan bahawa pilihan terbaik adalah untuk bermalam di hotel berhampiran pejabat Mommy.

 

Inilah Menara TM, bangunan terletaknya pejabat Mommy.

 

Ini pula bangunan KL Gateway yang boleh dilihat dari bangunan TM Annex.

 

Ini pula gambar bangunan TM Annex di mana deployment itu berlangsung.

Inilah gambar lobi TM Annexe.

 

Gambar di luar Hotel Koptown yang kami inap pada malam ini. Di bawahnya ada Restoran Haslam.

 

Aina sedang berangan telefon Mommy. Badannya agak panas pada malam ini dan lidahnya luka sedikit.

 

Gambar Aina sedang membuat sepah dalam bilik hotel Koptown. 

Harga bilik ini RM 100 jugalah kerana ada tingkap untuk lihat pemandangan di Kuala Lumpur yang agak menenangkan pada waktu pagi. Mungkin biliknya agak kecil untuk keluarga. Tapi bilik di corner lot menawarkan tingkap di sepanjang dinding jadi bolehlah tidur sambil buka langsir untuk tengok pemandangan.