• Hari ini kami ke Taman Botani Putrajaya untuk tangkap gambar Mak Su dengan jubah konvo beliau.
  • Selepas itu, Tok Abah, Pak Ngah, Mak Long, Irsyad, dan Amar bertolak pulang ke Wakaf Bharu menaiki Honda Civic 2007.
  • Mommy, Master, Tok Ma, dan Mak Su pula bergerak ke Perumahan KTMB di Bangsar untuk melawat pakcik Zamri yang baru menjalani pembedahan jantung. Selepas itu kami ke IPG Bahasa Melayu untuk hantar jubah dan ambil transkrip Mak Su, sebelum bertolak pulang ke Salak Tinggi.
  • Selepas Maghrib pada jam 8 malam, Master hantar Tok Ma dan Mak Su ke Bandar Baru Nilai untuk menaiki bas Queen Express ke Kota Bharu.
  • Lokasinya seperti biasa adalah bertentangan dengan Dataran Nilai.
  • Bas sepatutnya bertolak pada jam 8:30 malam namun ia bertolak agak lewat. Kali ini ramai orang mahu menaiki bas mungkin mahu pulang ke kampung sebenar Hari Raya Haji.

 

Kenapa pilih bas Queen Express?

  1. Inilah kali pertama Tok Ma memilih untuk menaiki bas Queen Express.
  2. Apabila ditanya kenapa bas Queen Express dipilih pada kali ini, Tok Ma kata sebab kawan Mak Su kata bas Queen Express ni luas tidak seperti bas lain yang sempit.
  3. Hal ini memang normal selalunya bas yang belum terkenal akan mementingkan keselesaan penumpang namun apabila dah terkenal mereka akan memilih untuk maksimakan keuntungan.
Queen Express bus with registration number DDA 8877 from Nilai to Kota Bharu boarded by Tok Ma and Mak Su.
Bas Queen Express dengan nombor pendaftaran DDA 8877 dari Nilai ke Kota Bharu yang dinaiki oleh Tok Ma dan Mak Su. # Sunday, 19 August 2018, 20:44 # 20180819 # IMG_20180819_204157_1-COLLAGE.jpg # XiaomiR Redmi Note 5A #