Pengenalan

Full Laa Mak Cafe adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja yang sediakan masakan panas.

Tedi selalu silap eja nama kedai makan ni jadi Fulamak Cafe.

Kedai makan ni menyediakan menu yang namanya pelik-pelik. Tapi jika anda nak makan masakan biasa saja boleh terus tanya tuan kedai.

Full Laa Mak Cafe selalunya menjadi pilihan terakhir Master apabila kedai makan lain tutup. Ini adalah kerana liputan rangkaian telefon Celcom di sini tidak kuat.

Sizzling Yee Mee

Tak sangka pula ada Sizzling Yee Mee dalam menu masakan di sini walaupun kuahnya mungkin tidak sesedap sizzling yee mee yang Master pernah makan di kedai lain.

20 Aug 2018 22:02 | IMG_20180820_220225_HHT.jpg | 9.7 MP | 4160 × 2340 | 536 KB | Redmi Note 5A | ƒ/2.2 1/13 3.79 mm ISO3200
 

Peta lokasi Full Laa Mak Cafe