NEWCASTLE United sah menandatangani penyerang Jepun, Yoshinori Muto dari Mainz menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.
Newcastle minggu lalu menyatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Bundesliga itu.
Perpindahan Muto lengkap hari ini selepas dia memperoleh permit kerja. "Saya amat berbangga dapat beraksi bersama kelab sebesar ini," kata Muto yang muncul pemain Jepun pertama menyertai Newcastle.
Media British melaporkan nilai perpindahan Muto adalah sekitar AS$12.40 juta (RM50 juta).
"Saya berharap dapat meraih keputusan yang baik. Sebab itu saya mahu berada di sini. Saya juga mahu beraksi dengan baik dan berada dalam sejarah Newcastle," katanya.
Muto, 26, adalah pemain keempat yang menyertai Newcastle selepas kelab itu mendapatkan penjaga gol, Martin Dubravka; pemain tengah, Ki Sung-Yueng dan pertahanan, Fabian Schar.
Newcastle akan memulakan kempen liga dengan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di St James Park pada 11 Ogos.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.