Cerita di Tempat Letak Kereta Bertingkat HKL
Master tersilap letak kereta di tingkat 2 di Medan Letak Kereta Bertingkat di Hospital Kuala Lumpur. Setiap tingkat ada 2 tingkat, contohnya tingkat 2 ada 2 tingkat, tingkat 3 ada 2 tingkat juga, jadi ketika ini Master sangkakan sudah berada di tingkat 3 tetapi baru di tingkat 2.
Ketika itu sudah jam 10 pagi jadi parking bertingkat tersebut sudah penuh, nasib Master baik kerana sebuah kereta keluar parking ketika beliau melewati petak letak kereta tersebut.
Ada seorang pakcik yang kelihatan basah dek peluh dan cemas kerana sangkakan keretanya telah hilang, tetapi dia sebenarnya letak kereta di tingkat 2 dan bukannya 3 seperti yang disangkakannya.
Sementara itu ada seorang makcik yang kelihatan tertekan kerana sebuah kereta Honda Civic Turbo yang canggih diletakkan terlalu hampir dengan keretanya sehinggakan dia sukar untuk keluar masuk. Sudahlah dia menguruskan ibunya yang berkerusi roda. Akibatnya dia menghempaskan pintu keretanya ke kereta sebelah dengan kuat. Mungkin dia sudah tidak mampu bersabar.
Berjalan kaki ke Kompleks Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur.
Selepas meletakkan kereta Master akan berjalan kaki ke Kompleks Klinik Pakar dan Pemeriksaan Harian Hospital Kuala Lumpur. Hanya Master yang berjalan kaki sebab Master dah turunkan Mommy dan baby Aina sebelum meletakkan kereta.
Temujanji terakhir di Klinik Neosurgeri
Klinik Neosurgeri terletak di tingkat 5. Master memilih untuk memanjat tangga kecemasan. Mula-mula kita kena naik tangga utama ke tingkat 1 dan kemudian ambil tanggan kecemasan ke tingkat 5. Lif sesak dengan manusia, menjadikan pilihan ini sangat relevan.
Setelah doktor memeriksa imbasan x-ray tenkorak kepala Aina dan bertanyakan beberapa soalan, akhirnya dia memutuskan kami sudah tidak perlu hadir menjalani pemeriksaan susulan.
Ini adalah satu kelegaan kerana ia bermakna kuranglah satu sesi daripada sesi-sesi pemeriksaan yang Aina terpaksa lalui. Setiap pemeriksaan memaksa Master dan Mommy mengambil cuti separuh hari, dan apabila banyak sangat cuti separuh hari, ia menyebabkan bos agak kurang senang.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.