Semalam Aina terima suntikan untuk bayi berumur satu tahun enam bulan.

Suntikan itu diambil di Klinik Kesihatan Salak. Kami ke sana pada waktu petang, bertolak dari Bangsar South sekitar jam 1:30 petang dan sampai di klinik pada jam 3:30 petang.

Kami singgah di RnR Nilai untuk membolehkan Mummy menunaikan solat Zuhur. Nanti susah pula nak bergilir menjaga Aina jika Mummy dan Master tunggu solat di klinik tersebut.

Sebelum disuntik, Aina sungguh galak, termasuklah memukul anak orang, menggigit bayi, memanjat kerusi, menjerit tak payah ceritalah.

Selepas disuntik Aina menangis tak boleh berjalan, padahal yang disuntik ialah lengannya.

 

Tilam toto sampai

Petang semalam juga GDex hantar tilam toto yang Mummy beli. Tujuan beli tilam ni supaya dapatlah Aina tidur di bawah kalau tidur di atas katil takut dia jatuh katil pula.

Tedi panggil tilam toto kerana ketebalannya tidak setebal tilam biasa tetapi tidak pula senipis toto. Toto ni bukan toto judi tu tapi benda yang dijadikan alas tidur tu.

Tilam toto untuk Aina yang baru dihantar petang tadi melalui perkhidmatan kurier GDEX (GD Express) yang menanti ketibaan kami di rumah dari Klinik Kesihatan Salak kerana Aina ambil suntikan 1 tahun 6 bulan. Berat juga tilam toto ni tapi lebih baik diangkat semasa berbungkus macam ni sebab akan lebih berat dan leceh untuk diangkat setelah tilam ini dibentangkan. Kalau semasa dalam bungkusan macam ini boleh juga dipikul.
# Monday, 24 September 2018, 23:58 # XiaomiR Redmi Note 5A # IMG_20180924_235841.jpg #

Ditaip pada 20180925 mengenai kisah keluarga kami pada 20180924.