Tedi sangat bersetuju ketua jurulatih Kedah dilantik dengan segera kerana dia perlu menyusun pemain dan mencari jurulatih baru jika perlu.
Dia juga perlu menyusun strategi sesuai dengan barisan pemain yang dia ada, maka dia perlu kenali barisan pemain dengan lebih rapat. Selain itu dia juga perlu terlibat dalam urusan perpindahan pemain.
LANG Merah perlu segera melantik ketua jurulatih baharu bagi melakukan persiapan pada musim hadapan selepas gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia.
Pencapaian yang cukup sederhana dipamerkan skuad utama perlu dinilai secara menyeluruh dan ‘post-mortem’ juga wajar dilakukan kerana gagal mencapai sasaran yang diharapkan.
Kedah mencatatkan keputusan sederhana pada musim 2018 apabila berada di tangga keenam Liga Super, pusingan ketiga Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (Kepda), Nor Asmadi Hamzah, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu segera memutuskan pengendali baharu agar pembentukan pasukan 2019 berjalan lebih awal.
“Saya fikir Majlis Eksekutif KFA sudah boleh berbincang siapa calon ketua jurulatih yang bakal mengemudi Lang Merah musim hadapan kerana kehadiran awal ketua jurulatih akan memberi banyak masa buatnya untuk membentuk pasukan terbaik.
“Beliau juga perlu diberi kuasa membuat pilihan untuk mengekalkan pemain yang difikirkan perlu termasuk memburu tenaga baru dari luar bagi pembentukan pasukan 2019,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.
Nor Asmadi berkata, pelbagai cabaran menghadapi pasukan tersebut musim ini sehingga pasukan itu menggunakan tiga jurulatih bermula dengan Ramon Marcote, Mohd Nidzam Adzha Yusof dan Azzmi Abd Aziz.
Jelasnya, pencapaian beberapa pemain import juga tidak memuaskan walaupun dibayar gaji lumayan malah ada penyokong yang melihat level mereka setaraf dengan pemain tempatan.
“Agak sedih untuk memperkatakan tentang prestasi Kedah pada musim ini kerana belanja yang dikeluarkan mencecah sehingga RM30 juta dan untuk musim 2019 sangat wajar buat KFA perhalusi kembali perkara ini supaya kesilapan sama tidak berulang lagi,” katanya.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.