Tak pernah Tedi sangka boleh jumpa nasi buluh di Cyberjaya ni.

gambar menu Saffanas Bamboo Rice

 

Malam ni kami singgah ke Affin Islamic Bank cawangan Shaftbury Square di Cyberjaya untuk bayar hutang kereta melalui mesin deposit tunai di sana.

Kemudian selepas selesai urusan bayar hutang kereta tersebut, Mommy kata nak ke Tea Live.

Tapi dalam perjalanan ke kedai minuman TeaLive tersebut tiba-tiba sahaja Mommy nampak restoran nasi buluh.

Nama restoran tersebut adalah Saffana's Bamboo Rice & BBQ. Ia menawarkan hidangan Malaysia dan Arab.

Contoh menu adalah seperti nasi putih dengan ayam bakar, pelbagai hidangan penyet, ada hidangan nasi arab, ada juga grill, ada juga pasta.

Besar betul gelas air suam, barulah puas minum air.

 

 Gambar nasi buluh dengan ayam bakar. Mommy kata nasi tu lembut. Sup kosong pun sedap juga.

Nasi Mendy Lamb pun tak kurang sedapnya cuma rasa herbanya kuat. Mommy kata kambingnya sedap.

Jumlah harga hidangan kami ialah RM 40 setelah dibundarkan kepada ringgit Malaysia terhampir.

 

Gambar suasana yang mendamaikan dalam restoran tersebut.

Gambar Saffana's Bamboo Rice & BBQ Cyberjaya dari luar.

Aina semasa dah nak balik. Ligat betul dia dalam kedai tu. Sudahlah muntah dengan banyaknya ketika orang lain sibuk makan... huhuhu...

Peta lokasi restoran Saffana's Bamboo Rice & BBQ

Erm, tiada peta restoran Saffana's Bamboo Rice ni tapi ia terletak bersebelahan Kenny Rogers Roasters di Shaftsbury Square. Boleh rujuk peta di bawah.

20180904