Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas.
Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas, ia sebenarnya di Desa Salak Permai.
Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami, maka Tedi isytiharkan warung ini sebagai salah sebuah tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.
Warung ini menjual makanan seperti nasi kerabu, ayam bakar, daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi lemak.
Aina pula telah berjaya meminta keropok daripada tuan kedai. Bagi makan nasi lemak adalah dalam 5 suap dia makan.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.