Pagi tadi Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su bertolak pulang ke Kelantan.

Kemudian kami bawa Nor Aina ke Klinik Dr Siti sebab nafasnya kencang.

Di Klinik Dr Siti di Kota Warisan, Aina diberi nebulizer, dan setelah diperiksa oleh doktor bertugas, dia memberikan kami dua pilihan:

  1. sedut kahak Aina
  2. Aina dirujuk ke Hospital Putrajaya

Kami memilih untuk merujuk Aina ke Hospital Putrajaya sebab tak sanggup melihat tiub dimasukkan ke dalam tekaknya untuk sedut kahak keluar.

Bawa Aina ke Hospital Putrajaya

Apabila sampai ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, nafas Aina sudah tidak kencang lagi, maka kami kena ambil nombor panggilan untuk bertemu doktor.

Tetapi apabila dokotor periksa didapatinya bahawa Aina bernafas kencang dan terus dimasukkan ke Zon Kuning iaitu zon semi kritikal.

Kemudian Aina diberikan nebulizer sebanyak 3 kali, dan akhirnya dibenarkan keluar. Ketika ini Aina sudah muntah 2 kali, dan muntah terakhirnya beserta kahak kuning pekat.

Ketika nak ambil ubat di Farmasi Kecemasan, farmasi itu ditutup dan minta kami ke Farmasi Doktor Pakar, di mana kami turut minta ubat susulan yang kami belum ambil untuk Aina. Mujurlah boleh.

Singgah Beli Nasi AJ

gambar suasana kedai Nasi AJ nasi belauk ayam cincang biasa special nasi lebih, ayam campur ikan, gambar budak lelaki, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya

 

Kemudian kami singgah ke Nasi AJ di Desa Pinggiran Putra untuk bungkus nasi ayam cincang berharga RM 5.

Sekitar jam 2:30 ke 3:00 petang kami tiba di rumah.

Jual barang plastik 8 kilogram (kg) MYR 5 (lima Ringgit Malaysia)

Pada jam 6 petang pula Master keluar untuk bayar duit kereta.

Sebelum itu Master pergi jual barang-barang plastik terbuang, dapatlah MRY 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja) untuk 8 kilogram barang plastik.

Master ke Pasar Malam Taman Seroja

Kemudian Master ke pasar malam di Taman Seroja untuk beli mi kuning, sawi, udang, dan kuew tiwa goreng, juga karipap daging MYR 1.

Udang 5 ekor dapatlah dibeli pada harga MYR 4.

Master ke Affin Bank Kota Warisan

Barulah Master ke Affin Bank Islamic di Kota Warisan, tapi mesin deposit wang di sana memang menyusahkan, asyik reject duit RM 50, banyak keping pula tu, terpaksalah Master ulang banyak kali sehingga ramai orang menunggu di belakang.

Sekitar jam 7 malam barulah Master sampai di rumah, di mana Aina sedang tidur. Seharian dia tak nak tidur, mungkin tidak selesa.