Tadi pada waktu rehat tengahari Tedi jalan-jalan di Bangsar South.

Sekali nampak ada orang tengah shooting atau boleh kata tengah ada penggambaran. Ada yang sedang merakam guna kamera video dan ada yang pegang benda alah apa entah.

Tedi tanyalah pakcik yang ada di sana apa yang sedang berlaku?

Dia kata sedang shooting iklan untuk pembayaran tambang teksi EzCab menggunakan TNG eWallet App kalau Tedi tak silap nama.

Menggunakan TNG eWallet App kita tak perlu bawa duit tunai, cuma bayar guna telefon pintar sahaja. Bukanlah bermaksud kita bagi telefon tu kepada peniaga, tapi bayar gunakan satu aplikasi dompet digital, istilah yang diberi kepada aplikasi sedemikian.

e-wallet disebut juga e-purse dan dalam Bahasa Malaysia disebut e-dompet. TNG e-wallet adalah salah satu e-dompet Malaysia yang merupakan usahasama di antara syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd dari Malaysia dan Ant Financial dari China.

e-Wallet dihuraikan sebagai salah satu variasi e-tunai. Ironinya penggunaan e-dompet selalu dikuatkan dengan iklan pembayaran tanpa tunai.

Kekuatan e-dompet TNG e-Wallet tentunya kerana tawaran pembayaran tol di Lembah Kelang hanya menggunakan aplikasi telefon sama ada menggunakan kad Touch 'n Go yang dipautkan kepada TNG e-Wallet atau RFID.

Selain TNG e-Wallet terdapat beberapa lagi e-dompet Malaysia seperti Boost (oleh Axiata), MAE (oleh Maybank), Setel (oleh Petronas Dagangan) dan banyak lagi.

20181023