Karangan ini Tedi pecahkan kepada beberapa seksyen seperti berikut:
Aina Makan Keropok Keping | Nasi Goreng Ikan Masin berlauk Daging Goreng | Lokasi Areeya Seafood
Aina Makan Keropok Keping
Gambar Nor Aina semasa sedang makan sekeping keropok keping goreng di kedai makan Areeya Seafood yang ditaja oleh tuan kedai yang dah lama tak jumpa Aina sebab tuan kedai balik jumpa anak di Thailand.
Ketika ini Nor Aina berumur 1 tahun 9 bulan dan 1 hari (setahun sembilan bulan satu hari).
Memang dia tak boleh duduk diam, ni dapat keropok keping dia makan sekejap sambil duduk atas kerusi bayi kemudian dia mula nak suap Master kemudian dia jatuhkan keropok keping tersebut sebagai satu helah untuk membolehkan dia turun.
Hobi dia di Areeya Seafood adalah melihat kucing dan juga kapal terbang. Jarang dapat melihat kapal terbang melintasi ruang udara dari Areeya Seafood ni, tapi Aina boleh kesan juga jika ada kapal terbang sedang terbang di langit.
Kedai makan Areeya Seafood adalah destinasi utama kami singgah makan malam apabila dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Bandar Baru Salak Tinggi.
Areeya Seafood menjadi pilihan kami kerana ia luas dan sesuai untuk Aina berjalan-jalan, di samping menu masakan Thailand yang agak berbeza dari kedai makan Siam yang tipikal.
Nasi Goreng Ikan Masin berlauk Daging Goreng
Master pesan nasi goreng ikan masin tak nak ayam sebab Master tak makan sangat ayam.
Tuan kedai tanya kalau tak mahu ayam, nak letak apa? Daging?
Daging pun daging lah, boleh aja, asalkan nasi goreng ikan masin tu ada ikan masin. Master agak pantang Nasi Goreng Ikan Masin lebih banyak berlaukkan ayam di dalamnya.
Sedap juga, boleh dibeli lagi pada waktu lain, tapi kuantiti ikan masinnya masih sedikit buat diri Master.
Lokasi Areeya Seafood
Kepada sesiapa yang nak mencuba makanan di Areeya Seafood bolehlah rujuk peta di bawah.
Semasa order masakan Thai khususnya sila tanya dulu pedas atau tidak, kalau tak mahu pedas boleh pesan kurang pedas, kerana tahap kepedasannya boleh membuatkan Master yang suka makan pedas pun ternganga kepedasan.
20181122
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.