Ini jujukan gambar Nor Aina semasa berusia 1 tahun 9 bulan dan 9 hari.

Aina kuat meragam ketika ini apabila tiba saat dihantar ke rumah pengasuh. Adakalanya dia akan menangis apabila tiba di rumah pengasuh, atau ketika lif sampai di tingkat rumah pengasuh, dan adakala semasa keluar kereta.

Pada mulanya risau juga sebab tangisan Aina tu memang real tak tipu punya. Tapi setelah beberapa peristiwa, kami mencadangkan bahawa Aina hanya mengada-ngada tak mahu ke rumah pengasuh, maklum sahajalah dia kurang bersama Master dan Mommy, hanya menghabiskan masa dalam kereta, dan apabila sampai di rumah, tiba masa untuk dia tidur.

Tangisannya akan lebih kuat jika Mommy yang menghantarnya ke rumah pengasuh.

Aina juga akan menangis jika Master yang mahu menghantarnya ke rumah pengasuh dan bukannya Mommy. Ini membuktikan bahawa Aina sebenarnya nak bermanja dengan Mommy.

Ini tidak menghairankan kerana Aina lebih banyak bersama Master berbanding Mommy.

Apabila Aina berak, Master yang basuh dan pakaikan lampin. Apabila Aina mahu minum susu, Master yang bancuhkan susu dan beri dia botol susu tu, Master yang tanya Aina nak minum milk atau tidak?

Apabila Aina nak baca buku, Master yang tunjukkan gambar-gambar dalam buku tu kepada Aina.

Apabila tiba masa untuk tidur, Master yang bawa Aina ke atas dan bermain dengan dia sampai dia tertidur. Selalunya Master jadi tiger untuk mengacah Aina sampai dia tidur, dan selalu juga Master yang terlelap dulu.

Jadi tidak menghairankan jika Aina kurang nak tarik perhatian Master. Tambahan pula Master mengamalkan dasar tak layan sangat kalau Aina meragam, mungkin semua ayah peel macam tu?

Aina sedang buat gaya manja sebelum dipaksa keluar kereta untuk ke rumah pengasuh.

Kadangkala kalau Aina tidak menangis semasa keluar kereta, dia akan membuat gaya liuk lentok lembik badan tak mahu keluar kereta. Kadangkala dia buat aksi manja nak bersama dengan Mommy.

gambar Aina berusia setahun sembilan bulan sedang bermain dengan bekas makanan dalam kereta Proton Persona bersama patung kucing.
Hobi Aina ialah makan dan membuat sepah dalam kereta.

 Sekarang umur dia setahun, tak lama lagi umurnya 2 tahun. Masa kecil ni sajalah nak bermanja dengan dia.

 

p.s: Tedi sedang berhempas pulas untuk menjadikan interpretzz sebagai sumber dana belanja susu Aina. Hasil iklan minggu ini baru 22 sen sahaja daripada 7 lawatan iklan. Jika kawan-kawan nak membantu bolehlah lawat mana-mana iklan dalam laman ini. Terima kasih.