Bukan senang nak cari koleksi lukisan air terjun dan menara ni, lebih-lebih lagi menara usang.
Tapi dapatlah juga Tedi cari beberapa lukisan air terjun dan menara untuk dijadikan ilham melukis lukisan sebuah menara usang di tepi air terjun.
Lukisan menara usang pula boleh dirujuk pada hasil carian Tedi sebelum ini dalam kiriman bertajuk "Lukisan Sebuah Menara Usang".
Menara Rapunzel di tepi air terjun
Gambar di bawah ni kalau kawan-kawan minat kartun mungkin kenal bahawa ia adalah lukisan menara rahsia di mana Rapunzel disembunyikan. Menara ini terletak di tepi air terjun di dalam sebuah hutan.
Bangunan Menara Berdindingkan Air Terjun
Okay, gambar di bawah ini pula adalah lukisan sebuah bangunan yang ada menara dan terletak berhampiran air terjun seolah-olah air terjun tu jadi tembok buat bangunan tersebut.
Lukisan air terjun dan menara oleh Andrew Bosley.
Pulau Seribu Air Terjun
Di bawah ini adalah lukisan bertajuk Pulau Seribu Air Terjun. Tiada menara tapi ada satu pondok atau wakaf yang mungkin senibina Cina atau Korea atau Jepun.
Lukisan ini oleh threedee.
Kertas Dinding Menara Air Terjun dan Serigala
Di bawah ini pula lukisan seekor serigala sedang memandang sebuah istana dengan menara dan terletak di tepi air terjun.
Menara di tepi air terjun
Di bawah ini adalah lakaran pensil bangunan atau istana pada zaman dahulu yang mempunyai menara tembok. Istana ini terletak di tepi air terjun menunjukkan istana ini terletak di tempat yang tinggi.
Pada zaman dahulu memang strategik untuk membina kota di kawasan bukit atau kawasan tinggi supaya sukar diserang musuh. Selain tembok dan menara, kawasan tanah tinggi menjadi pelindung semulajadi buat kota tersebut.
https://www.awolfillustrations.com
Air Terjun dan Menara Rumah Api
Ini adalah contoh lukisan fantasi atau imaginasi menggambarkan sebuah tempat mungkin pelabuhan di mana terdapat sebuah air terjun, dan kelihatan jauh di sana sebuah menara rumah api dengan bot viking di sekitarnya.
Di tepi perlabuhan atau jeti terdapat pula deretan rumah berwarna putih di kawasan berbukit. Di tepi air terjun itu mungkin di kawasan pantai terdapat pula rangka sebuah bot usang.
20181103
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.