Newcastle United kalahkan Watford 1-0
Akhirnya Newcastle United berjaya memenangi perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019.
Namun begitu, pertahanan Newcastle United masih teruk dan memerlukan penambahbaikan.
Ayoze Perez berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut setelah dibawa masuk mengantikan Muto yang mengalami kecederaan.
Kambing Perap Menyengat
Pergi memenuhi jemputan kenduri akikah anak kawan Mommy di Bangi, di kawasan Sungai Merab lebih kurang.
Di kenduri akikah tu ada lauk kambing grill. Pakcik yang membakar kambing tu kata dia jual kambing perap tu dengan harga MYR 45 (empat puluh lima Ringgit Malaysia sahaja) untuk bungkusan satu kilogram.
Qaleenas Kitchen | Kambing Perap Menyengat | 017-6026271 | campuran madu dan 15 (lima belas) rempah istimewa
Pakcik tu kata produk kambing perap tu dibuat di kawasan Bangi dan dia sedia hantar secara percuma ke Salak Tinggi jika pembelian dalam 6 kilogram.
Hafizh Shahrin dapat kedudukan ke-10 di MotoGP Malaysia 2018
Satu berita yang menggembirakan apabila pelumba MotoGP dari Malaysia tu berjaya dapatkan mata dalam perlumbaan di Sepang.
Beli Karpet Aina di Nilai 3
Habis sahaja menjamu selera di kenduri aqiqah anak kawan Mommy tu, kami ke Nilai 3 untuk cari dan beli karpet untuk Aina iaitu permaidani plastik untuk kanak-kanak tu.
Harganya di antara MYR 39 hingga MYR 69 (tiga puluh sembilan Ringgit Malaysia sehingga enam puluh sembilan Ringgit Malaysia).
Kami beli karpet kanak-kanak tersebut di Prima Carpet.
Selain beli karpet kanak-kanak tersebut, Mommy juga belikan Aina satu pelampung berbentuk ikan nemo.
Singgah di TeaLive Bandar Baru Nilai
Usai shopping di Nilai 3, kami singgah di TeaLive di Bandar Baru Nilai pula kerana Mommy nak beli air minuman.
Nak beli TeaLive ni kena buat tempahan di luar lepas tu masuk ambil pesanan di dalam kedai, kenapa pelik sangat? Tapi bahagian dalamnya luas dan memudahkan kita berurusan.
Mommy beli Milk Tea panas manakala Mommy belikan Master mocha panas.
Setelah beli air di TeaLive Bandar Baru Nilai, kami singgah pula ke A&W bersebelahannya untuk membeli cecincin bawang.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.