Bos Newcastle United, Rafa Benitez mungkin akan memasukkan Elias Sorensen untuk membantu dalam perlawanan Liga Perdana selepas prestasi hebatnya bersama pasukan Bawah-23.
The Sun berkata Benitez telah menaikkan pangkat pemain berusia 19 tahun itu untuk menyertai latihan pasukan pertama menjelang pertembungan pada hari Sabtu ini sebagai tuan rumah melayan kunjungan Bournemouth.
Pemain muda Denmark, Sorensen menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 menentang Manchester United Bawah-23 tahun Jumaat lalu untuk meraih gol ke 13 pada tahun ini.
Rafael Benitez dikhabarkan akan memasukkan pemain muda Danish si Elias Sorensen untuk membantu jentera serangan Newcastle United.
Toon telah menjaringkan hanya tujuh gol Liga Perdana pada musim ini dan berada di tangga kedua jaringan gol paling sedikit iaitu selepas Huddersfield yang hanya jaringkan 5 gol.
Joselu mengetuai penjaring terbanyak dengan dua gol manakala Salomon Rondon, Yoshinori Muto dan Ayoze Perez hanya menyumbat satu gol setakat ini.
Kebangkitan Sorensen untuk sertai latihan pasukan pertama memungkinkan dia menyertai perlawanan Liga Perdana ketika Benitez berusaha menyelamatkan Magpies dari penyingkiran kedua dalam tempoh tiga tahun.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.