Takaful Amani produk Takaful Ikhlas dan Bank Rakyat

Apakah Takaful Amani?

  • Takaful Amani adalah skim perlindungan takaful yang memberikan pampasan kewangan kepada peserta apabila berlaku kematian atau keilatan kekal anggota badan kerana kecederaan yang berpunca daripada kemalangan semata-mata.
  • Skim ini menawarkan perlindungan terbaik pada bayaran serendah RM0.14 sen sehari, bergantung kepada pilihan pelan sedia ada.
  • Pelan mampu milik yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PELANABC
Sumbangan Tahunan: RM159RM106RM53

Kelebihan Takaful Amani di Bank Rakyat

  • Penyertaan yang mudah dan ringkas serta tidak membebankan peserta.
  • Sumbangan tahunan yang sama untuk lelaki dan wanita.
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia.
  • Bayaran melalui tunai/kad kredit/cek
  • Boleh didapati hanya di cawangan-cawangan Bank Rakyat.

Kelayakan melanggan Takaful Amani

  • Skim takaful ini terbuka kepada pelanggan Bank Rakyat yang berumur antara 18 hingga 69 tahun.
  • Kepada mereka yang berumur antara 65 hingga 69 tahun, kelayakan tertakluk kepada penilaian mengikut setiap kes.
  • Perlindungan ini juga meliputi kakitangan beruniform (polis, tentera, bomba dan seumpama dengannya) kecuali semasa dalam tugasan yang berkaitan.
    ​Peserta di kalangan kakitangan beruniform (polis, tentera, bomba dan seumpama dengannya) layak menyertai Pelan B atau C sahaja.

Manfaat Takaful Amani

BUTIRAN/KETERANGAN MANFAATPILIHAN PELAN
ABC
Manfaat atas kemalangan (RM)
Kematian & keilatan kekal150,000100,00050,000
Badal Haji1,5001,5001,500
Elaun Hospital (sehingga 30 hari, tertakluk kepada kemasukan ke wad selama 2 hari berturut-turut15010050
Perbelanjaan Rawatan (sekali dan aggregat)3,0002,0001,000
Fi Ambulan (sekali dan aggregat)600400200
Perbelanjaan Pengkebumian3,0002,0001,000

Nota:

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat Bank Rakyat ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat