بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


animasi budak perempuan makan roti canai
13 Disember 2018 22:15, Khamis
Animasi Aina sibuk nak makan roti canai
Xiaomi Redmi Note 5A

Salah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa.

Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap. Dia selalunya akan menyibuk apabila Master nak makan roti canai kosong.

Ketika ini Aina baru berumur 1 tahun 9 bulan 22 hari.


Melihat Air Pancut di Menara TM

gambar air pancut di Menara TM, kelihatan juga Menara TM Annexe.
13 Disember 2018, 20:39, Khamis
Aina sedang memerhatikan air pancut di Menara TM.
Xiaomi Redmi Note 5A

 Jika kawan-kawan perasan, Aina makan roti canai tu pada jam 10 malam.

Kami balik lewat sebab tunggu Mommy habis kerja, dan semasa tunggu Mommy tu, Master sempat bawa Aina jalan-jalan tengok air pancut di sekitar Menara TM.

Aina macam biasa pantang nampak air nak terjun masuk dalam kolam selain nak sentuh air tu, tapi Master tak bagi dia sentuh walaupun setitis air pancut tu sebab air pancut kan gunakan elektrik untuk memancutkan air tersebut ke udara, jadi kalau ada apa-apa kebocoran elektrik nanti bakal mengundang padah kepada Aina terkena kejutan elektrik.

 


Aina dan Kolam Air Terjun Menara TM

gambar budak perempuan tengok kolam hiasan air pancut
13 Disember 2018 20:18, Khamis
Aina duk perhatikan kolam air terjun di Menara TM.
Xiaomi Redmi Note 5A

Sebenarnya Master nak tunjukkan kepada Aina air terjun di Bangsar South di sebuah simpang empat Jalan Kerinchi, tapi pada masa itu lampu hijau, jadi kami memang tidak berhenti, tak dapat tunjuk kepada Aina.

Selalunya jika Master jemput Aina dahulu sebelum jemput Mommy, Master akan tunjukkan air terjun tersebut sambil buka tingkap supaya Aina dapat dengar bunyi air terjun tersebut.

Tetapi rupa-rupanya di Menara TM ada sebuah kolam air terjun, dapatlah Master tunjukkan kepada Aina, walaupun kolam air terjun ni menggunakan konsep air terjun dari tingkat atas ke dalam sebuah kolam, Master tetap tidak membenarkan Aina memasukinya kerana kelihatan ada kabel tidak terurus di tepi kolam.

Kemudian barulah Master membawa kami ke tingkat atas pula untuk melihat air pancut yang Tedi ceritakan di atas.


~20181213~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih