Ya ya ya

Lagu apa ni?

Master selalu memainkan lagu ini dalam kereta. Tedi dengar dia punya lirik memang agak lain macam la. Tapi selalunya lagu yang Master pilih pun memang lain macam pemahamannya.

Lagu Interlude nyanyian makcik Nora ni adalah salah sebuah lagu daripada album Nora yang bertajuk Sandiwara mungkin pada tahun 1994.

Rumusan lagu Interlude oleh Nora

Kali ini Tedi nak mulakan terus dengan rumusan apa yang Tedi fahami daripada bait-bait kata dalam lirik lagu Interlude ni.

Lagu Interlude ni mengisahkan mengenai seorang ibu yang menyaksikan anaknya dalam kesesatan ataupun melakukan kesalahan, di mana ibunya cuba nak menyedarkan atau membantu anaknya itu, tapi anaknya tetap berterusan melakukan kesilapan demi kesilapan yang mengguris hati ibunya.

Sebab apa Tedi kata macam tu? Boleh check penjelasan lanjut di bawah lirik "Interlude" ni nanti.


Lirik lagu Interlude oleh Nora Ariffin

Bak ombak menghempas pantai 
Pasir putih dilanda badai 
Kau berdiri seorang diri 
Hanyut dibawa arus berlari

Tanganku mencapai dikau 
Dengan kasih tiada terjangkau

Kau berjalan di atas angin 
Tak jejak di bumi bagaikan daun

Apa saja kulakukan 
Adalah untukmu sayang 
Sedikit tak ku lepaskan 
Belaian kasih oh untukmu

Tanganku mencapai dikau 
Dengan kasih tiada terjangkau 
Kau berjalan di atas angin 
Tak jejak di bumi bagaikan daun

Di dunia ini hanya tinggal kita 
Berjanji bersama 
Oh menghadapi apa saja bersama 
Walau pun derita 
Oh... Bagai ombak yang selalu 
Menghempas pantai...

Kau telah melanggar kataku 
Menghancurkan oh hatiku 
Ku berdiri seorang diri 
Hanyut dibawa arus berlari

Pemahaman Tedi mengenai lirik lagu Interlud

Seorang ibu menyaksikan anaknya dalam kesesatan atau kesilapan

 

Kau berjalan di atas angin, Tak jejak di bumi bagaikan daun

  • Bait inilah yang menarik perhatian Tedi tentang lagu ni.
  • Kenapa dikatakan anaknya itu berjalan di atas angin, tak jejak di bumi, tapi bagaikan daun? Sedangkan daun walau setinggi mana pun ia terbang, ia akan jatuh ke bumi?
  • Akhirnya Tedi merumuskan bahawa:
    • Si ibu melihat anaknya dalam kesombongan yang sungguh nyata, merasakan dirinya berada di tempat tinggi, tapi sebenarnya anaknya ini sedang jatuh ke bawah dan tak sedar pun dia sedang jatuh.

Si ibu tetap setia bersama anaknya, walaupun derita

Di dunia ini hanya tinggal kita 
Berjanji bersama 
Oh menghadapi apa saja bersama 
Walau pun derita 
Oh... Bagai ombak yang selalu 
Menghempas pantai...

Rangkap di atas ini mungkin menceritakan mengenai si ibu ni hanya tinggal berdua dengan anaknya di mana dia menaruh harapan tinggi kepada anaknya.

Penulis lirik menggunakan ombak dan pantai, sama seperti aur dan tebing, bezanya ialah aur membantu menguatkan tebing sekaligus mengelakkan tebing dari runtuh dek hakisan air. Tetapi ombak pula agak berbeza, ada masanya ia akan menghakis pantai, dan ada masanya ia akan membantu membina pantai yang indah. Begitulah kesabaran ibu ini walaupun anaknya sering menabur derita, tapi pada anaknya ini juga dia menumpang bahagia, dan dia akan setia bersama anaknya seperti mana ombak dan pantai saling bersama.

 

Apakah maksud "interlud"?

Susah nak memahami maksud lirik lagu Interlude ni jika kita tak faham maksud tajuknya.

Definisi : (Muz) muzik instrumental ringkas yang dimainkan sebagai selingan antara babak atau adegan dalam sesuatu persembahan drama dan sebagainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Interlude lebih kurang bermaksud selang masa yang singkat. Dalam bidang persembahan ia adalah selang masa waktu rehat di antara babak yang disertai dengan muzik.