Sekali lagi Mike Ashley, pemilik Newcastle United FC yang juga bos SportsDirect.com kata nak jual kelab kepada pemilik baru.

Para penyokong NUFC memang menantikan saat ini kerana Mike Ashley tidak berminat memperkasakan Newcastle United FC tetapi lebih kepada menjana keuntungan.

Walaubagaimanapun, telah beberapa kali sebelum ini Mike Ashley "menipu" dengan janji-janjinya untuk menjual Newcastle United.


wajah pemilik Newcastle United yang telah beberapa kali menghampakan peminat Newcastle United

LONDON: Pemilik Newcastle United, Mike Ashley mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris itu sebelum musim perpindahan Januari depan dengan rundingan ketika ini sangat memberangsangkan.

Ashley pada Oktober lalu berkata, beliau belum menerima tawaran yang sesuai selepas mengumumkan untuk menjual kelab itu.

Ditanya sama ada Newcastle sesuai untuk dijual sebelum musim perpindahan di buka 1 Januari ini, Ashley berkata ia kemungkinan boleh berlaku sambil berharap dapat mencari pemilik yang mampu memuaskan hati semua pihak.

“Saya harap ia berlaku sebelum musim perpindahan pada Januari.

“Ia kemungkinan boleh berlaku. Harap kami dapat meneruskan prestasi baik ketika ini dan kemudian memperoleh tawaran yang baik,” katanya.

Newcastle bermula hambar awal musim ini di bawah bimbingan Rafa Benitez namun tiga kemenangan berturut-turut menyaksikan mereka dapat memperbaiki kedudukan di saingan liga sebelum tewas 0-3 kepada West Ham United di halaman sendiri.

Kelab itu kini menduduki tangga ke-15 dengan 12 mata daripada 14 perlawanan.

Ashley berkata, beliau tidak mengadakan perbincangan eksklusif dengan pihak tertentu tetapi mengesahkan perbincangan itu lebih memberangsangkan.

Beliau berkata, pihak yang berpotensi untuk membeli kelab itu perlu mempunyai keupayaan untuk menyediakan dana perpindahan.

“Saya harap dapat menjualnya kepada pembeli yang benar-benar sesuai bagi membolehkan semua pihak berasa gembira,” katanya. – AFP