KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (AFFINBANK) melancarkan Kad Kredit AFFIN Visa Business Platinum yang dapat memenuhi keperluan komuniti perniagaan dan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata kad itu dilengkapi pelbagai manfaat yang sesuai kepada kumpulan perniagaan dan PKS seperti pulangan tunai tanpa had sebanyak 1.5 peratus apabila berurus niaga di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Ismail (tiga dari kanan) merasmikan majlis pelancaran kad kredit AFFIN Visa Business Platinum di Starhill Gallery.
Foto NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 10,000 langganan kad kredit berkenaan pada 2019 yang disokong oleh permintaan dan kehadiran PKS dalam pasaran semasa di negara ini.

"Kad ini mempunyai ciri yang pelbagai seperti pengurusan gaji untuk pekerja PKS, pengurusan kekayaan dengan pulangan tinggi dan penyelesaian perolehan rakan niaga yang kompetitif.

"Penting bagi kami untuk menembusi pasaran PKS ini kerana ia adalah segmen yang kukuh serta unik untuk pertumbuhan kumpulan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kad kredit itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi AFFIN ISLAMIC, Mohd Sufian Haron; Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN ISLAMIC, Nazlee Khalifah dan Pengurus Negara Malaysia, Visa International, Ng Kong Boon.

Mengulas lanjut mengenai kad itu, Kamarul Ariffin berkata, AFFINBANK mengalu-alukan lebih ramai pelanggan dari sektor PKS dan perniagaan komersial menggunakan produk berkenaan memandangkan Malaysia mempunyai kira-kira 920,000 PKS.

"Negara ini mempunyai PKS dalam pelbagai sektor yang kami lihat potensi yang besar untuk diteroka melalui pengenalan produk ini," katanya. 

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan objektif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan komuniti tanpa tunai yang mana kad berkenaan membantu mengurangkan kebergantungan kepada cek dalam transaksi perniagaan.

The Rubik's Cube is not just a forgotten toy from the 80's. The fact is that it's even more popular than ever before.