Perundingan yang berjaya akan membawa kepada penamatan 11 tahun pentadbiran pekak Mike Ashley di Newcastle United. Para penyokong Newcastle United FC amat bengang dengan Mike Ashley kerana tidak mahu mendengar pendapat demi kemajuan bola sepak sebaliknya lebih fokus kepada keuntungan kewangan.
Ashley juga merupakan pemegang saham majoriti di rantaian sukan yang berpangkalan di UK Sports Direct dan memberikan satu wawancara kepada Sky News awal minggu ini dengan mengatakan perbincangan mengenai jualan "berada di tahap yang lebih ke hadapan daripada mana-mana perbincangan yang pernah mereka lakukan."
Ashley boleh mempertimbangkan sekurang-kurangnya tiga tawaran lain dari pihak yang berminat untuk membeli Newcastle United - dengan anggaran penilaian sebanyak £ 300 juta (MYR 1.6 billion).
"Saya berharap - untuk peminat Newcastle, untuk kelab, untuk semua orang, bahawa kami akan dapat mendapatkan pemilik yang akan menyenangkan semua orang sebelum saya meninggalkan Newcastle United," kata Ashley, sambil menambah bahawa dia tidak berada dalam perbincangan eksklusif dengan mana-mana pihak.
"Saya sangat berminat untuk menjualnya kepada pembeli yang betul supaya semua orang gembira," katanya.
Itu berita gembira
Untuk menyelesaikan sebarang pengambilalihan, semua tawaran adalah tertakluk kepada ujian untuk pemilik yang sesuai dan tepat oleh lembaga Liga Perdana Inggeris, yang mungkin mengambil masa selama dua minggu untuk diselesaikan. Ini akan membuat anggaran Ashley memuktamadkan pengambilalihan pada 1 Januari seolah-olah bermimpi pada siang hari.
Newcastle United terpaksa menunggu hingga 3 November 2018 untuk kemenangan pertama dalam Liga Perdana musim ini, setelah membelanjakan hanya £30 juta (MYR 159 juta) untuk perpindahan pemain pada jendela perpindahan musim panas dan membuat keuntungan bersih £7 juta (MYR 37 juta) selepas jualan pemain.
Daripada 20 pasukan Liga Perdana, terdapat lima pasukan dimiliki pemilik Amerika Syarikat, termasuk keluarga Glazer di Manchester United, John W. Henry di Liverpool dan Shahid Khan di Fulham.
Master kata - jangan percayalah cakap Mike Ashley tu, menipu je dia tu.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.