Master selalu minum Nescafé tarik. Master akan memesan Nescafé tarik jika minum di kedai makan.

Karangan Tedi kali ini akan mengupas beberapa topik menarik mengenai Nescafé tarik semasa Master menunggu Nescafé tarik yang beliau pesan kali ini menyejuk.

Topik-topik tersebut ialahApakah itu Nescafé tarik?Kenapa nak tarik Nescafé?Kenapa nak pesan Nescafé tarik?, dan Dah tu?.

gambar satu gelas nescafe tarik di atas meja kayu dalam sebuah kedai makan
# Gambar: segelas Nescafe tarik di atas meja kayu. # Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Bila: 2019-01-16 jam 21:46:20 hari Rabu # Lokasi: D Vista Cafe 

Apakah itu Nescafé tarik?

Nescafé tarik adalah satu minuman yang dibuat daripada bancuhan Nescafé dan susu isian atau krimer dan kemudian ditarik iaitu dipindah-pindahkan dari satu gelas kepada satu gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh. Ia dipindahkan dengan tuangan air Nescafé tersebut silih berganti.

Kenapa nak tarik Nescafé?

Ini adalah satu pertanyaan yang bagus. Kenapa nak pesan minuman yang bernama Nescafé tarik?

Perbuatan menarik air Nescafé adalah satu cara untuk membebaskan haba kepanasan air tersebut ke udara dan juga di antara gelas. Gelas yang kosong akan cepat sejuk sebelum menerima haba daripada air Nescafé yang dituang ke dalamnya.

Selain itu haba juga akan terbebas ke udara, di mana semakin jauh jarak di antara gelas, akan semakin banyak haba terbebas kerana menurut konsep keluasan permukaan, semakin jauh air itu mengalir maka luas permukaan yang terdedah kepada udara adalah lebih banyak.

 

Kenapa nak pesan Nescafé tarik?

Jadi tujuan utama pelanggan memesan Nescafé tarik adalah untuk minum  Nescafe panas dengan segera kerana Nescafe tarik sepatutnya sudah kehilangan banyak haba semasa ia ditarik.

Lebih kurang macam pesan Nescafé suam, tapi kalau Nescafé suam ia perlu dikacau dan mungkin rasanya kurang sebati di antara susu dan Nescafé.

 

Dah tu?

Dah tu kenapa bila pesan Nescafé tarik di kedai makan, airnya masih panas tahap didih? Tukang bancuh air tak fahamkah yang pelanggan nak minum Nescafé tarik?

 

20190120