Areeya Seafood adalah salah satu destinasi tempat makan kegemaran kami sekeluarga kerana ia mempunyai ruang yang luas, tempat letak kereta yang luas, dan paling penting menawarkan menu masakan Thai yang jarang kami jumpa.

Areeya Seafood terletak hampir 7 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi menjadikannya kami meletakkannya sebagai salah satu tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.

Orang Thailand suka pedas dan kami akui masakan Thailand di sini memang pedas berasap, jadi semasa membuat pesanan tu bolehlah tanya pedas atau tidak, dan boleh minta mereka kurangkan tahap kepedasan tu.

Penafian: tiada kedai makan yang sempurna, begitu juga dengan Areeya Seafood ini, apa yang menarik kami makan di sini kerana masakan Thailandnya yang jarang ditemui dan membuka selera, untuk masakan lain boleh cuba rasa dan nilai sendiri.

Areeya Seafood 2019

Kami datang lagi untuk tahun 2019 ini dan iki kemaskini senarai harga dan menu masakan di Areeya Seafood yang terbaru. Sekadar catatan makanan, nombor telefon pun ada mana tahu boleh order untuk berbuka puasa.

gambar menu masakan Tomyam dan Ikan di Areeya Seafod tahun 2019
Harga menu Tomyam dan senarai masakan ikan.
Harga Tomyam Ayam RM 6. Tomyam Campur, Tomyam Daging RM 6.50. Tomyam Seafood, Udang, Sotong RM 7.50. Tomyam Seafood Special, Tomyam Poktek, dan Tomyam Udang Galah RM 15. Tomyam Kosamoi tiada harga disenaraikan.
Senarai menu masakan ikan seperti Stim Halia, Stim Limau, Stim Peksak, Luisan, Kengsom, Radperik, Periktai, Chuchi Thai, Goreng Berempah, Tiga Rasa, dan Pedas. Harga mengikut harga pasaran.
# Tuesday, 30 April 2019, 22:16 # IMG_20190430_221629 # 20190430 # Xiaomi Redmi Note 5A # Kedai Makan Areeya Seafood, VPMM+WX Kampung Tanjong, Dengkil, Selangor, Malaysia.

 

Menu makanan dan harga makanan di Areeya Seafood

Areeya Seafood
Nombor telefon 014-2295696
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203817
26 April 2018 jam 8:35 malam hari Khamis
Harga menu makanan di kedai makan Areeya Seafood untuk ketam, udang galah, dan ikan adalah mengikut harga pasaran.
Harga menu makanan udang atau sotong mengikut jenis masakan.
XiaomiR Redmi Note 5A 2018-04-26-2035
26 April 2018 jam 8:39 malam hari Khamis
Menu makanan dan harga makanan pelbagai jenis masakan Bihun, Mee, Kuey Tiow, dan Maggie di kedai makan Areeya Seafood.
Celup, Goreng, Tomyam, Latna, KongFu, Hailam, Sup, Bandung, dan Hong Kong.
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-2039
26 April 2018 jam 8:36 malam hari Khamis
Harga pelbagai jenis makanan mengikut set di kedai makan Areeya Seafood.
Set A: Tomyam PokTek, Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Daging Merah, Udang Tepong (Tepung), Telur Dadar
Set B: Sup Tulang, Siakap, Kangkong Belacan, Udang Petai, Telur Bistik
Set C: Tomyam Seafood Special, Siakap Ratprik, Sayur Campur, Puyuh Goreng, Ketam Kari, Telur Dadar
Set D: Ikan Singgang, Lidah Merah, Ikan Rebus Goreng, Daging Goreng, Udang Petai + Budu, Ikan Kembong Bakar
Set E: Ikan Kengsom, Homok Seafood, Kailan Ikan Masin, Daging Goreng, Sotong Petai, Telur Dadar
Set F: Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Daging Merah, Udang Tepong, Telur Dadar, Nasi Putih
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203614

Menu Masakan Sayur

26 April 2018 jam 8:39 malam hari Khamis di kedai makan Areeya Seafood
Menu pelbagai jenis masakan sayur dan harganya.
Kailan Ikan Masin RM 5.00, Kangkong Belacan RM 4.50, sayur Campur RM 4.50, Pucuk Kacang Goreng RM 4.50, Bokkoree Goreng RM 6.00, Cendawan Goreng RM 5.00, dan Peria Goreng Udang RM 5.50
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203940

 

Lokasi kedai makan Areeya Seafood

 Disertakan peta lokasi kedai makan Areeya Seafood, kawan-kawan bolehlah review makanan di sini untuk membantu perniagaan mereka. Sayang jika tempat makan best seperti Areeya Seafood ni terpaksa tutup sebab tak laku.