Peristiwa: Rawatan menggunakan nebulizer pertama yang diterima Aina untuk tahun 2019 kerana batuk, ada kahak dan muntah. Doktor kata jika masih belum okay dalam 2 ke 3 hari, Aina perlu diperiksa untuk jangkitan influenza.
Gambar: Aina sedang terima rawatan menggunakan nebulizer.
Lokasi: Klinik Dr. Siti, Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia.
Bila: 2019-01-22 jam 15:59:45 hari Isnin
Kamera: Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
Gambar: Aina sedang terima rawatan menggunakan nebulizer.
Lokasi: Klinik Dr. Siti, Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia.
Bila: 2019-01-22 jam 15:59:45 hari Isnin
Kamera: Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
- Kami bawa Aina ke Klinik Dr. Siti di Kota Warisan untuk diperiksa kerana Aina sekarang batuk-batuk dan muntah-muntah.
- Mummy memang cuti sebab kesihatan Aina yang tidak memberangsangkan.
- Master pula ambil cuti kecemasan separuh hari apabila dimaklumkan bahawa Aina duduk melepek sahaja, tak mahu makan dan tak mahu minum.
- Klinik Dr. Siti di Kota Warisan dipilih kerana ia adalah klinik panel Micare yang berhampiran Salak Tinggi. Kawan Master kata ada 2 lagi klinik panel Micare di Bandar Baru Nilai tapi Master tidak sempat mencarinya.
- Doktor kata Aina demam sedangkan termometer yang kami gunakan berulang-kali ke atas Aina tidak menunjukkan tanda-tanda Aina demam kerana suhunya 37 Celcius.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.