Tedi suka dengar lagu asal lagu rakyat Puteri Santubong Puteri Sejenjang ni yang kisahnya boleh dibaca di laman ini: Puteri Santubong Puteri Sejenjang.
Jadi apabila Tedi terdengar lagu ni Tedi teringin nak tahu bagaimana ia diadun semula. Ternyata ia tidak mengecewakan namun cerita pasal Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang telah diringkaskan.
Lirik lagu Puteri Santubong M.I.X:
MC WAYNE:
Kami kembali, gegarkan Malaysia kedua kali
Adunan semula disiapkan dalam sehari apa ditunggu lagi?
Ku perkenalkan diri kami M.I.X, menjunjung kasih menyembah bumi
Pelbagai kaum etnik membuat aku semakin tertarik pelbagai harta pusaka
Puak kumbu pun jadi antic
Gabungan musik hip hop dan etnik, pertama kali dicuba apakah komen pengkritik
Sarawak terbahagi kepada 9 bahagian, Kuching pergi ke Limbang
Tebedu dekat sempadan, bahasa berlainan
Sungai rajang terpanjang, semangat Bujang Senang, Bila lagi nak menang?
Jangan lupa ha singgah ke Satok, Beli ikan terubok, Laksa Sarawak, ABC dan Mee Kolok,
Dah makan? (aok)
Dah kenyang? (aok)
Mun maok, kita jumpa lagi esok.
Reff:
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunong negeri Sarawak,
Manis nya sik ada, dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan
NOH PHROFILE:
Ku jelma keluar dari kabus bersikutkan, deretan,
Cerita dan ritma sakti buatkan bergoyang, di khalayak ramai, di tepi pantai,
Ku bersantai di petang semalam dibuai mimpi yang indah tidurku lena,
Walaupun tidak se’happening’ seberang sana, namun ada saja gemilang yang dirasa,
Koordinasi ku tetap, mantap, di bawah bayu pun ada aku,
Iringan sape klasik di atas irama moden cantik, kacak lawa jangan salah faham,
Ada bezanya bahasa, berbagai-bagai bangsa,
Selain India dan Cina,
Ada Iban, Kelabit, Kayan,
‘Simple’ wisma San Yan, Piasau hingga ke Tudan
Flow demi flow macam awan berkumpul menjadi taufan
Jangan beri alasan, kan selalu ku pesan ingat,
Agi’ idup agi’ ngelaban.
Reff:
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung negri Sarawak,
Manisnya sik ada, dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan
ASHRAF HARDY:
Lagenda sejarah silam Putri Santubong dan Sejinjang
Melambangkan keayuan negeri bumi kenyalang
Cuba merantau suasana hijau jadi sebutan ramai diiringi dengan pelbagai kaum
Takkan terkapai-kapai, jauh lagi perjalanan, luasnya isi permandangan,
Menyenangkan pemikiran ketepikan semua beban, dapat ku lihatkan senyuman,
Takkan ku lupa pengalamanku, di kampung halaman, simpang penuh dengan harapan,
Pilih satu cita rasa, tandak yang berbeza, mari sini ku tunjukkan caranya bagaimana,
Hayunkan tanganmu, kiri ke kanan biarkan musik bergema satu persatu,
Kita kan pergi dari Miri, ke Kuching, turun lagi ke Sibu, sebelum ke Limbang
Kita singgah bahgian Bintulu, suasana istimewa di awani langit biru,
Rasa terpesona bergemuruh rasa hariku,
OGIE:
Bermulanya versi kedua tentang “ethnic city”
Big Daddy diberi peluang untuk mulakan misi,
Agama, budaya, serta pelbagai tradisi yang unik sekali
Bumi kenyalang nama diberi,
Melihat keindahannya, keunikannya, serta kemodenannya,
Semua terpegun ternganga, hidup aman sentosa tak usah kau curiga,
Takkan puas rasanya jika semalam sahaja,
Terlemparlah gelaran, Bandar raya taman, dengan warna wangian
Minda dapat ditenangkan, hati mula berkocakan alam semula jadi,
Suasana harmoni, pemimpin berdikari
Inilah tempat lahirku, tempat menimba ilmu,
Tanah tumpah darahku, tak perlu kau ragu-ragu
Sarawak kebanggaanku tiada lain di Malaysia
Hanya engkau, engkau yang Satu
Reff:
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunong negeri Sarawak,
Manisnya sik ada, dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.