بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ini menjadi satu lagi sejarah apabila doktor mengatakan bahawa Aina tidak perlu lagi hadir ke Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Doktor menyatakan bahawa parut di dahi Aina sudah matang, tiada kelihatan sebarang gejala yang membimbangkan. Doktor kata parutnya itu takkan dapat dihilangkan, tunggu sahaja apabila dia sudah besar nanti jika Aina mahu melakukan pembedahan plastik.
Aina mengalami kecederaan itu setelah kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan pada 21 Disember 2017.
Temujanji terakhir Aina di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Aina sedang makan jelly yang diberikan seorang jururawat di luar klinik pakar tersebut.
Pada masa ini Aina berumur 1 tahun 10 bulan 18 hari.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
Tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur setelah menempuh kesesakan lalulintas dari Sepang ke Kuala Lumpur. Master merasakan pemanduan ini sungguh memenatkan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Master sebaik sahaja sampai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah menurunkan Mommy dan Aina di Kompleks Pakar dan Harian HKL, sebuah bangunan yang menempatkan semua klinik pakar dan klinik harian.
XiaomiR Redmi Note 5A 2019-01-09-093516
Menunggu Giliran
Semasa menunggu giliran berjumpa doktor inilah kita bertemu ramai orang. ternyata jika kita rasa nasib kita malang, lebir ramai lagi yang mengalami kecacatan yang lebih teruk. Ada yang hilang separuh muka. Ramai pula kes bibir sumbing. Kira kes Aina ini lebih bernasib baik.
Jika kita rasa kurang bersyukur, mungkin kita perlu lebih banyak ke hospital untuk melihat betapa bertuahnya diri kita.
Aina sedang tunggu giliran jumpa doktor pakar di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur.
Gambar masa dia tengah minum air, duduk elok je kononnya padahal duk buat bising lari-lari dalam hospital semasa Master belum sampai di sana.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-09-104527
20190109
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.