Maksud "ajak-ajak ayam" | Mummy beli baju saiz besar
# 2019-02-05 jam 22:09 hari Selasa.
Maksud "ajak-ajak ayam"
Ajak-ajak ayam bermaksud sesuatu pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh, mungkin metafora daripada perbuatan seseorang memanggil ayam untuk diberi makan, tak perlu bersungguh-sungguh kerana ayam akan datang berkejaran.
Tak kisahlah ayam tu nak datang makan atau tidak, dedak sudah ditabur, dan ayam telah dipanggil, pandai-pandailah nak makan ataupun tidak.
Jika digunapakai pada manusia pula tentunya untuk menunjukkan seseorang yang mempelawa untuk menyedapkan hati atau sebagai budi-bahasa, jika undangannya diterima, dia akan meraikan tetamunya itu, tetapi jika undangannya tidak diterima, tidak pula dia bersungguh-sungguh mengajak... mungkin mengucapkan alhamdulillah di dalam hati.
Tetapi lain pula dengan Aina ni, bukan tahap ajak-ajak ayam dah ni, sebab apabila orang terima ajakannya itu akan segera ditariknya balik... buruk siku benar dah ni.
Mummy beli baju saiz besar
# 2019-02-05 jam 14:07:03 hari Selasa cuti Tahun Baru Cina 2019
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# AEON Mall Nilai
Aina tertidur di bangku kayu
# t-shirt Hello Kitty, bangku kayu
# 2019-02-05 jam 16:01:02 hari Selasa
# telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.