Koleksi animasi dan gambar ketika kami ke rumah Mak Lang Yan di Taman Melor, Nilai. Kami nak hantar coklat dan baju yang dibeli Mummy di Langkawi, selain ambil buah jambu batu yang Tok Mak belikan. Ketika ini Tok Mak dan balik ke Negeri Sembilan, manakala Pak Cik Judin masih ada di rumah Mak Lang Yan.

Aina berjoget? atau senamrobik?Tersepit celah kereta sportHijack lori trailerIkhwan membawa diri"Joget" dalam ejaan jawiMaksud perkataan "joget".

Aina berjoget? atau senamrobik?

animasi kanak-kanak perempuan sedang berjoget mengikut irama muzik, joget moden kanak-kanak.
Perkara: Animasi Aina menunjukkan cara bersenam menggunakan bola menurut irama muzik dari basikal abang Irfan semasa kami ke rumah Mak Lang Yan untuk menghantar coklat dan mengambil buah jambu batu. Tak pastilah sama ada Aina berjoget atau bersenam?
Bila: 2019-02-06 jam 21:40 hari Rabu

Tersepit celah kereta sport

kanak-kanak perempuan tersangkut di kereta sport Ferrarri merah
# Budak kecil Aina ni banyak akal pula. Selain duk joget apabila mendengar muzik basikal abang Irfan, dia juga menyelit masuk nak naik kereta sport abang Irfan. Hasilnya macam ni la, tersangkutlah sendiri kat kereta sport merah abang Irfan tu. Tidak pasti pula kereta sport abang Irfan tu sama ada kereta Ferrarri atau kereta Vigo? yang pasti ia bukan kereta control 4x4.
# bila: 2019-02-06 jam 21:29 hari Rabu
# kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# lokasi: 1122-1100, Taman Melor, 71700 Mantin, Negeri Sembilan

<kembali ke atas>

Hijack lori trailer

Aina hijack lori trailer lori mainan lori 12 tayar milik abang Irfan di Taman Melor Nilai
# Laju Aina pandu lori trailer abang Irfan. Aina memang minat kepada lori dan dia pernah nak masuk dalam lori katerer di sebuah majlis akikah kawan Mummy di Bangi ketika Aina memakai baju kebaya oren. Jadi apabila Aina nampak je lori mainan abang Irfan ni terus dia hijack. Panjang betul lori trailer abang Irfan ni mungkin lori 12 tayar gamaknya?
# 20190206_211611-animasi-lori-trailer.gif
# 2019-02-06 jam 21:17 hari Rabu
# kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A

<kembali ke atas>

Ikhwan membawa diri

gambar lori trailer lori mainan lori 12 tayar
# Aina hijack lori trailer mainan abang Irfan manakala Ikhwan hanya perhatikan dari jauh kerana si Aina sering membuli si Ikhwan. Pantang nak cubit, cakar, atau diketuknya si Ikhwan tu... tak tahulah nak ajar macam mana?
# 2019-02-06 jam 21:16:02 hari Rabu
# kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A

<kembali ke atas>

"Joget" dalam ejaan jawi

جوݢيت

Maksud perkataan "joget"

(jogét) sejenis tarian dan lagu Melayu yang agak rancak iramanya, ronggeng, tandak;

  1. buaya joget: laki-laki yang tergila-gilakan perem­puan joget;
  2. joget lambak: joget yang berasal dari negeri Melaka, ditarikan dengan gerak tari yang agak rancak dalam majlis seperti perkahwinan dan temasya;
  3. penari (perempuan) joget: wanita yang mencari wang dengan menari joget;
  4. berjoget:
    1.  menari joget;
    2. menari (se­barang tarian).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat.

<kembali ke atas>