Sepatutnya pada petang Isnin (25 Feb 2019), Mummy dan Aina ada pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Salak pada jam 2 petang.
Oleh yang demikian, Mummy duduk di rumah bersama Aina, manakala Master pergi bekerja pada waktu pagi dan ambil cuti separuh hari pada waktu petang.
Apabila kami bergerak ke Klinik Kesihatan Salak, kelihatan jalan sesak kerana beberapa lampu trafik tidak menyala di sepanjang jalan. Rupa-rupanya tiada elektrik. Keadaan ini turut melibatkan Klinik Kesihatan Salak, patutlah tempat letak kereta lengang sahaja, selalunya susah nak dapat tempat letak kereta di Klinik Kesihatan Salak.
Temujanji Mummy untuk pemeriksaan kehamilan ditunda kepada pagi hari Rabu (27 Feb 2019).
Kemudian kami ke TESCO untuk membeli-belah.
# 25 Feb 2019 jam 16:34 hari Isnin
# dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A, imej color pop dihasilkan oleh Google Photos Assistant.
# Persiaran Utama Bbn, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
# 20190225 201902
# gambar: Aina dalam troli TESCO, plastik MR. D.I.Y
# 25 Feb 2019 jam 16:28 hari Isnin
# IMG_20190225_162808.jpg 20190225 201902
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# TESCO Nilai
Selesai membeli-belah di TESCO Putra Nilai, kami ke Pasar Malam di Taman Seroja pula untuk cari nasi lemak kegemaran Aina dan sayur-sayuran juga lauk-pauk.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.