Karangan kali ini adalah kajian tentang tayar profil rendah bersempena dengan cadangan Master untuk menukar profil tayar kereta Proton Persona Elegance daripada saiz 60 kepada 55.

Apakah itu profil tayar?

Profil tayar adalah ketinggian bahagian tepi tayar kereta, selalunya dikira sebagai peratusan kepada lebar tayar. Tayar profil rendah selalunya bermula dengan saiz 60 dan dikira menurun.

Kelebihan Tayar Kereta Profil Rendah

Selain kelihatan menarik apabila dipasang pada kereta, tayar profil rendah memberikan tahap cengkaman dan kawalan yang lebih baik berbanding tayar kereta biasa, terutamanya pada permukaan jalan kering.

Prestasi brek juga lebih bagus kerana lebih banyak permukaan tayar bersentuhan dengan permukaan jalan, memberikan lebih daya seretan berbanding tayar kereta konvensional.

Tayar profil rendah juga memberikan pengalaman lebih bagus ketika membelok kerana lebih daya belokan dapat dikawal oleh tayar kereta, dan prestasi steering juga meningkat.

Pengalaman Master menyatakan bahawa tayar kereta berprofil rendah menjadikan steering kereta terasa lebih ringan.

<top>

Kelemahan tayar kereta profil rendah

Tayar kereta dan rim kereta lebih mudah rosak kerana tayar kereta profil rendah memberikan kurang alas udara untuk menyerap hentakan keras ketika melanggar lubang dan sebagainya.

Bunyi bising jalan juga bertambah kerana lebih banyak sentuhan di antara tayar dengan permukaan jalan.

Perjalanan juga jadi kurang selesa kerana tayar terasa keras (kerana kurang alas udara).

Tayar profil rendah juga kurang rintangan terhadap luncur-air (aquaplane). Situasi aquaplane terjadi apabila lapisan air terkumpul di hadapan tayar apabila tayar tidak mampu singkirkan air, kumpulan air ini akan mengangkat tayar dari permukaan jalan menyebabkan tayar kereta kehilangan daya cengkaman. Kenapa? Tedi belum cari jawapannya tetapi mungkin kerana luas permukaan tayar lebih besar dan berat tayar lebih ringan.

Penggunaan petrol juga meningkat (tengok kepada setting tayar dan rim).

<top>