Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam. Alang-alang ke sana, kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor.
Walaupun di tingkat 3, kedai barangan bayi Mamakiddies ni ada lif, jadi jangan risau terpaksa memanjat tangga. Siapa nak panjat tangga beli barang ya tak? Tedi pada mulanya agak gusar apabila tahu kedai barangan bayi Mamakiddies ni terletak di tingkat 3, mahu Tedi kena tolong Master angkat barang nanti, sebab siapa nak dukung Aina pula turun tangga? Itupun kalau dia nak didukung, selalunya kalau nampak tangga ni dia sibuk nak panjat tangga dan turun tangga sendiri.
Kami tiba di kedai Mamakiddies ni pada jam 5 petang, nyaris-nyaris ia hampir ditutup. Jika dah tutup pasti Master akan dibebeli Mummy sebab singgah beli air botol 100 Plus, dan sebelum itu Master tolong baiki saluran sink di rumah Mak Su di seksyen 7 Shah Alam.
Jika dah rezeki, tak ke mana, ye tak?
Barangan dijual atas talian
Sebenarnya barangan di kedai barangan bayi Mamakiddies ni dijual atas talian dan Mummy pun dah tengok apa nak dibeli cuma kami datang ke kedai barangan bayi Mamakiddies ni adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri barangan yang hendak dibeli.
Mamakiddies sebenarnya adalah jenama barangan bayi dari Eropah.
Kedai ini sebenarnya tidak hanya menjual barangan bayi, ada juga beberapa barangan sukan seperti trampoline.
# Teks: car seat
# 16 Mac 2019 jam 17:33 petang hari Sabtu
# IMG_20190316_173323
# Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: Mamakiddies. 3rd floor, 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor
Katil Bayi untuk Adik
Tujuan kami ke kedai kelengkapan bayi Mamakiddies adalah untuk beli katil bayi untuk kegunaan adik setelah lahir nanti.
Mummy nak beli katil bayi ni sebab nak elakkan adik daripada dibuli kakaknya si Aina nanti kerana Aina memang pantang nampak bayi semua nak dicakarnya.
Manakala Master pula setuju dengan cadangan beli katil bayi untuk adik kerana pengalaman semasa menjaga Aina dulu pernah sekali Aina jatuh katil semasa tidur dengan Master dan Mummy. Sejak dari peristiwa itu, Aina dibawa tidur di atas tilam yang dihamparkan di atas lantai, manakala susunan katil juga diubah dengan dihimpitkan ke dinding.
Jika menurut tujuan Master tu nampaknya katil bayi ni nanti akan diletakkan di dalam bilik tidur utama, tetapi jika ikut tujuan Mummy pula, Tedi yakin katil bayi ni nanti akan diletakkan di ruang tamu.
# teks: Mamakids. Play yard with full bassinet. Flip away changing table. One hand locking mechanism. Mobile with toys. Travel or storage tote bag. Wheels with brake. Easy compact fold. Item H29.
# IMG_20190316_173345
# Xiaomi Redmi Note 5A
# lokasi: Mamakiddies. 3rd floor, 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor https://goo.gl/maps/q1zqhKTuoc32
Seronok Aina Jelajah Kedai Mamakiddies
Tengok gambar Aina di bawah ni sayu pula rasa hati. Seronok benar dia melihat semua barangan bayi itu, tapi bukan dibeli untuknya. Aina sibuk menolak stroller dalam kedai tu. Semoga apabila besar nanti Aina tidak sedih dan cekal diri. Perjalanan hidupnya masih jauh. Tedi doakan dia gembira selalu dan pandai jaga diri.
Banyak benar ujian dia tempuhi, hanya Allah subhanahu wa ta'ala sahaja yang mampu menjaganya. Moga Aina terhindar daripada fitnah dunia dan akhirat.
Dia selalu pergi kepada Mummy dan kata, "nak adik". Tedi tersentak. Master gelak sahaja. Entah daripada mana dia belajar? Rupa-rupanya memang Aina bakal menerima adik, dan dia terlebih dahulu menyatakannya sebelum kami semua menyedari Mummy sedang mengandungkan adik lelaki Aina.
# Saturday, 16 March 2019, 17:41 # 20190316 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190316_174136 #
Mengenai karangan ini:
Karangan ini pertama kali dikirim pada 24 Mac 2019. Dikemaskini pada 30 Mac 2019. Cerita dan koleksi gambar mengenai pengalaman membeli katil bayi di kedai barangan bayi Mamakiddies Alam Nusantara pada 16 Mac 2019.
20190316
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.