Pergi IKEA Cheras cari almari baju untuk adik Aina. Nak beli rak baju IKEA MALM tapi kehabisan stok, tapi kalau nak beli online masih ada dalam stok.
Sebelum kami ke IKEA Cheras, Mummy dah periksa masih ada 84 rak baju IKEA siri MALM 4 laci berwarna putih tersebut, tetapi apabila cari di rak sudah kehabisan. Apabila disemak semula dalam talian, masih tercatat ada bekalan 84 set perabot tersebut.
Rak baju IKEA siri MALM berwarna putih 6 laci adalah, tapi nanti tak sama tinggi dengan rak baju Aina pula. Rak baju IKEA siri MALM laci warna selain putih pun ada tapi nak buat apa beli warna lain pula kalau nak susun sebelah menyebelah.
# tarikh: 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad.
# nama gambar: IMG_20190303_173154-ANIMATION.gif
# kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# lokasi di Google Map: 2a, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aina minta aiskrim IKEA
Sampai sahaja di IKEA, masuk sahaja ke lobi, kami singgah ke tandas dahulu, bereskan penukaran lampin Aina. Kemudian ke kaunter jualan makanan IKEA untuk membeli alas perut. Aina nampak gambar aiskrim IKEA di skrin dan minta aiskrim.
Kalau dia tak minta pun memang Mummy nak belikan.
Kami beli yogurt dan aiskrim. Aina tak nak yogurt mungkin sebab masam, ataupun mungkin sebab dia tahu ada aiskrim.
Inilah aksi Aina makan aiskrim IKEA sementara menanti Mummy menunaikan solat Asar. Paling kelakar boleh pula dia gigit kon dari bawah apabila aiskrim dah tinggal dalam kon aiskrim itu sahaja. Mana dia belajar makan aiskrim macam tu tak tahulah.
# 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad
# IMG_20190303_173154-COLLAGE.jpg
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.