بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

photoshoot kanak-kanak hari lahir dalam studio
Aina sedang berposing duduk atas untuk satu sesi photo shoot sempena ulang tahun hari lahirnya yang kedua di Nicepixel Studio di Conezion Commercial IOI City Putrajaya.
Elok pula dia boleh duduk pose macam itu mungkin disebabkan oleh jurugambar yang berusaha menarik perhatiannya.
# gambar: belon happy birthday 2nd, sofa, patung mainan lembut, lampu berdiri, pasu bunga hiasan, meja hiasan. # IMG_20190223_132018 20190223 # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # lokasi: L-G-01, Ground Floor, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3 IOI City Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 


Paramount Coffee House Putrajaya

Kami tiba awal di Conezion Commercial. Kita tidak boleh terus masuk ke dalam Nicepixel Studio dan perlu diiringi jurugambar, dan ketika kami sampai , jurugambar tersebut sedang ada sesi bersama pelanggannya yang lain.

Kami mencari makanan dan kedai makan pertama kami temui ialah Paramount Coffee House, mungkin ini cawangan Putrajaya. Tedi tahu cuma ada Paramount Coffee House Bangi sahaja. Kami tak singgah makan di sini sebaliknya kami mencari kedai lain dan ketemui kedai MyNews, bolehlah beli air kotak, air tin, roti untuk Aina, dan kekacang.

Gambar papan tanda kedai makan Paramount Coffee House Putrajaya.
Eh eh ada Paramount Coffe House la di Conezion ni. Kami pernah pergi makan di Paramount Coffee House Bandar Baru Bangi, tapi kali ni tak boleh singgahlah di sini sebab kejar masa.
Kami tengah cari kedai yang jual makanan untuk alas perut sebelum sesi photoshoot Aina nanti.
# 23 Feb 2019 jam 12:49 pagi hari Sabtu
# IMG_20190223_124959
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: L-3A-1, CONEZION COMMERCIAL, PERSIARAN IRC, Sepang, SELANGOR, 3, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Sesi photoshoot di Nicepixel Studio

Terdapat dua sesi photoshoot di Nicepixel Studio ni, sesi pertama adalah bergambar di atas sofa, dan sesi kedua ialah bergambar di depan layar putih.

Jurugambarnya memang berusaha menarik perhatian Aina yang tidak fokus dalam penggambaran tersebut. Selain itu jurugambar tidak lokek mengajar pose sesuai terutama untuk Master yang tidak tahu bagaimana nak beraksi di depan kamera. Terdapat beberapa aksesori boleh digunakan dalam kes Aina kami gunakan sebuah kotak kayu.

gambar seorang kanak-kanak 2 tahun bergambar di depan layar putih.
Gambar Aina sedang bermain berlatarbelakangkan layar putih. salah satu sesi daripada dua sesi ialah bergambar di hadapan layar putih. Tedi belum lihat lagi hasilnya, tapi agak teruja kerana ini kali pertama bergambar macam ni.
# gambar: kanak-kanak perempuan, kotak kayu, layar putih.
# IMG_20190223_135110 20190223 201902
# Xiaomi Redmi Note 5A

Makan di Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ Putrajaya

Selepas habis sesi penggambaran (photoshoot) bersama Aina di Nicepixel Studio tersebut, kami mencari kedai makan untuk mengisi perut kelaparan.

Selalunya jika di kawasan Putrajaya ni kami akan pergi makan di kedai makan Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ Putrajaya. Walaupun nama kedai tu ada sebut Putrajaya, tapi ia terletak di Desa Pinggiran Putra  iaitu mungkin dalam jajahan Kajang.

Kami tak panggil kedai ni kedai Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ, kami panggil Nasi AJ je. Tak tahulah apa maksud AJ tu.

gambar kanak-kanak perempuan memakai baju kanak-kanak merah, seluar denim kanak-kanak biru tidur atas meja makan di Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ.
Gambar Aina tertidur keletihan selepas sesi photoshoot sempena hari lahir ke-2 tahunnya di sebuah meja makan di Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ Putrajaya.
Kelihatan dua bungkus nasi berlauk ayam cincang dan nasi berlauk ayam cincang tambah ikan yang dipesan Mummy dan Master.
# Gambar: baju merah arnab, seluar denim biru, nasi kukus, meja kayu.
# IMG_20190223_142406 20190223 201902
# Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ

 


Adakah dia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga dia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)? (35)
Atau belumkah dia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa; (36)
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? (37)
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); (38)
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (39)
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); (40)
- Al-Quran, surah 53 An-Najm.

~20190223~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih